Tuesday, May 22, 2018

Shah Alam Convention Centre (SACC) Meraikan Anak-Anak Yatim Dalam Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdullilah...diam tak diam sudah 7 hari umat Islam menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan. Bersamaan dengan 2 Ramadhan, Shah Alam Convention Centre (SACC) telah berbesar hati menganjurkan Majlis Berbuka Puasa SACC Bersama-sama Anak-Anak Yatim. Penganjuran majlis berbuka puasa ini selaras dengan amalan kemasyarakatan yang sudah menjadi tradisi SACC melalui satu program Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.


Dalam tazkirah yang disampaikan semasa majlis tersebut, Ustaz turut menekankan bahawa amalan meraikan anak-anak yatim semasa berbuka puasa adalah amalan yang mulia. Namun begitu, makanan yang dihidangkan kepada anak-anak yatim tersebut hendaklah sama dengan makanan yang kita makan sewaktu berbuka. Maknanya tiada istilah ‘double standard’ antara anak yatim dan juga para jemputan.

Tazkirah berkaitan berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim pada bulan Ramadan

Ketua Pegawai Operasi SACC, Encik Nasrudin Abu Bakar

Menurut kata Ketua Pengawai Operasi SACC, Encik Nasrudin Abu Bakar, tahun ini merupakan tahun kelapan pihak SACC mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim. Encik Nasrudin juga berasa sukacita kerana dapat mengumpulkan warga kerja dan ahli keluarga SACC untuk sama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa ini.

Sebahagian Anak-anak Yatim yang hadir

Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari yang hadir turut diceriakan dengan pemberian sumbangan duit raya dan hadiah daripada pihak SACC. Sumbangan ini turut ditaja oleh ADABI Consumers Industries Sdn Bhd. Pihak SACC percaya, dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan dan membantu anak-anak yatim ini dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penyampaian sumbangan duit raya dan sumbangan hadiah kepada anak-anak yatim yang hadir. Majlis Berbuka Puasa tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Teresa Kok Suh Sim, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah SACC Convec.

Penyampaian sumbangan daripada pihak SACC kepada Pengetua Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Puan Asmanira Muhamad Ramly

Penyampaian sumbangan daripada pihak ADABI Consumers Industries Sdn Bhd kepada Pengetua Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bistari

Ketua Pegawai Operasi SACC turut memberi duit raya kepada anak-anak yatim dari meja ke meja


Majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelanggan yang lain yang turut berbuka puasa di Bufet Ramadan 2018 di SACC. Untuk tahun ini, pihak SACC memperkenalkan Bufet Ramadan bertemakan Warisan Tradisi yang telah dibuka kepada umum sejak 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Lebih dari 100 hidangan resepsi turun temurun disediakan khas untuk pengunjung yang hadir.

Seperti yang Achik kongsikan dalam entry [klik] Achik sebelum ini, Bufet Ramadan 2018 di SACC berkonsepkan “Berbuka Sambil Beramal”. Setiap pembelian voucher berbuka sebanyak RM1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Gelendangan. Jemput singgah ke entry Achik berkaitan Bufet Ramadan 2018 di SACC untuk dapatkan info lanjut,

Untuk tempahan Bufet Ramadan bolehlah layari 03-55118858 / 013-2502858 atau layari www.sacc.com.my/ramadan-buffet .


~ Achik ~



No comments:

Post a Comment