Thursday, November 02, 2017

Percutian di De Palma Eco Resort Kuala Selangor Menjanjikan Kedamaian dan Kehijauan Alam Semula Jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Achik telah pun beberapa kali berkunjung dan bersiar-siar di kawasan Kuala Selangor. Namun, masih tidak berkesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Kuala Selangor. Apabila diundang oleh De Palma Eco Resort Kuala Selangor dalam satu trip yang melibatkan para Blogger sudah pasti Achik tidak akan tolak. Banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor dan yang paling menarik untuk dikongsi dengan korang semua adalah keselesaan penginapan dan kemudahan yang ditawarkan oleh De Palma Eco Resort Kuala Selangor buat para tetamunya.



Kedamaian suasana di persekitaran De Palma Eco Resort Kuala Selangor

De Palma Eco Resort Kuala Selangor terletak berdekatan dengan Pusat Bandar Kuala Selangor serta berhampiran dengan tepi tebing Sungai Selangor. Lokasinya yang terletak di sekitar kawasan desa sudah tentu menjanjikan kedamaian dan suasana percutian yang tenang, jauh dari kesesakan ibu kota. Buat mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar ibu kota yang sibuk, keputusan untuk bercuti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan yang bijak. Keindahan dan kehijauan alam semula jadi memberikan udara yang nyaman dan percutian yang lebih privasi.

Berbalik semula pada kisah percutian kami para Blogger di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke resort mengambil masa sekitar 1 Jam 30 minit bergantung pada keadaan trafik pada waktu tersebut. Sebaik saja tiba di resort, kami diberikan kunci bilik masing-masing. Sampai sahaja di hadapan bilik Achik, secara jujurnya dalam kepala dah fikir macam-macam. Agaknya bagaimanalah keadaan dalam bilik yang disediakan oleh De Palma Eco Resort Kuala Selangor.

Taraaaaa.......inilah bilik penginapan Achik untuk 3 hari 2 malam di sini. Tak sangkakan, pemandangn bilik dari luar tak mencerminkan keadaan dalam bilik. Apabila buka sahaja pintu bilik, Ya Allah....mewah, besar, selesa dan cantiknya bilik Junior Suite ni. Tidur malam Achik memang nyenyak selama 2 malam Achik di sini.


Junior Suite






Selain Junior Suite, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menyediakan beberapa jenis bilik terdiri daripada 48 chalet dan 12 villa:

·      Superior (Queen / Twin)
·      Villa Superior (Queen / Twin)
·      Deluxe (Twin / Triple)
·      Anjung Suite
·      Dara Suite
·      Villa Superior (Queen / Twin)
·      Malawati Roon (2 Queen)
·      Desa Room (2 Queen)

Untuk harga bilik pula, kami telah dimaklumkan oleh pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor bahawa harga bilik yang ditawarkan adalah serendah RM200 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Tiada harga yang tetap bagi setiap bilik memandangkan pihak De Palma Eco Resort Kuala Lumpur sentiasa menawarkan harga istimewa dari semasa ke semasa. Jadi nak dapatkan harga istimewa tersebut, layari www.depalmahotelonline.com. Pelbagai kemudahan ditawarkan buat para pelanggan yang membuat tempahan bilik melalui laman web tersebut.


Kemudahan dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak De Palma kepada para tetamu menjadikan De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan terbaik sekiranya korang ingin menganjurkan Hari Keluarga, Team Building, Perkhemahan dan sebagainya. 

·           Surau Lelaki dan Perempuan (Imam disediakan)
·           Kolam renang
·           Perkhidmatan dobi
·           Peti Deposit Keselamatan
·           Kemudahan Wifi Percuma (hanya di Lobi Hotel)
·           Perkhidmatan Shuttle
·           City Tour (Atas Permintaan)
·           Pembayaran secara Kredit Kad / Debit Kad
·           Dewan Serbaguna
·           Bilik-bilik mesyuarat
·         Restoran Rumbia (boleh memuatkan seramai 150 orang dalam satu masa. Buka pada setiap hari bermula 7.00 am hingga 10.00 pm)

 


Selain kemudahan di atas, berikut adalah kemudahan untuk aktiviti riadah yang boleh dilakukan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor:

·           Horse Riding
·           Sewa Basikal
·           Badminton
·           Volleyball
·           Zumba (pada setiap hari Ahad, jam 7.00 pagi. Percuma untuk tetamu yang menginap di resort)
·           Team Building
·           Jungle Trekking
·           Tele-match


 
Aktiviti Team Building

Camp Site

Sewa Basikal

Horse Riding

Untuk makluman korang semua, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan pakej Team Building dengan harga yang berpatutan iaitu RM188 / seorang termasuk penginapan, 2x aktiviti, 3x makan dengan minimum kapasiti seramai 20 orang. Kemudahan, peralatan dan tenaga pengajar untuk team building akan disediakan oleh pihak resort.


Perkhidmatan Lain Yang Ditawarkan

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa De Palma Eco Resort Kuala Selangor turut menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis, jamuan makan malam dan sebagainya mengikut Tema yang ditetapkan oleh pelanggannya.

Kemudahan Dewan Serbaguna di De Palma Eco Resort Kuala Selangor merupakan lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan majlis jamuan makan. Harga sewaan Dewan Serbaguna termasuk penyediaan makan dan minum bermula serendah RM28,000.00 tertakluk kepada tema yang diminta. Semasa trip Blogger tempoh hari, makan malam kami pada malam pertama berkonsepkan 'Jungle & Pirate' manakala makan tengahari kami pada hari terakhir bertemakan 'Indian Style'.

 

Makan malam bertemakan 'Jungle & Pirate'


Indian Style


Tempat-Tempat Menarik Berdekatan De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kebiasaannya kalau Achik bercuti, hotel yang menjadi pilihan Achik untuk menginap mestilah hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik agar masa tidak terbuang untuk perjalanan sahaja. Masa itu emas, jadi bila pergi bercuti kenalah hargai masa yang ada.

Kalau korang nak tahu banyak sangat tempat-tempat menarik yang berada berdekatan dengan De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sepanjang trip Blogger di sini, kami telah dibawa ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Selangor. Nanti Achik ceritakan lebih lanjut dalam entry yang lain. Secara amnya, berikut adalah tempat-tempat menarik di Kuala Selangor berdekatan dengan De Palma Eco Resort Kuala Selangor:

·           Bukit Malawati
·           Makam Anak Dara
·           Poisonous Well
·           Penggawa Cannon
·           Historical Museum
·           Kelip-kelip Kg. Kuantan
·           Pasir Penambang
·           Eagle Feeding
·           Royal Kg. Kuantan Golf Club
·           Royal Mausoleum
·           Batu Hampar
·           Altingsburg Lighthouse
·           Silver-Leafed Monkey
·           Salar de Uyuni of Malaysia (mirror-reflection of the sky - Sand Bank)
·           Kuala Selangor Nature Park


Seronok kan bercuti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi, apa kata rancang percutian anda bersama-sama keluarga di Kuala Selangor. Apa yang pasti De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah pilihan tempat menginap yang paling tepat sekali.

Alamat:
De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
+603-3289 7070

Faks
+603-3489 7080

Email
info@depalmahotel.com

Untuk tempahan dan maklumat lanjut layari http://www.depalmahotel.com 


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment