Tuesday, October 03, 2017

Sizzling Skewer | Menu Baru Di Westside Bistro Shah Alam Convention Centre

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama rasanya tak pergi food review. Baru-baru ini Achik telah diundang oleh pihak Shah Alam Convention Centre (SACC) untuk merasai menu baru di Westside Bistro. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan Westside Bistro ni. Kalau korang nak tahu, Westside Bistro ni telah lama beroperasi sejak tahun 2010 dan ianya terletak di corner lot SACC. Kalau korang lalu bersebelahan SACC, Westside Bistro ni betul-betul di corner lot bangunan SACC.

Setelah lama beroperasi, permulaan suku tahun terakhir tahun 2017, Westside Bistro tampil dengan promosi terkini yang menyajikan hidangan stik dan gril bermula pada 04 Oktober 2017 dari jam 6.00 petang hingga 10.30 malam, setiap hari Rabu hingga Ahad. So, bila korang berada di sekitar kawasan Ibu Kota Shah Alam dan teringinkan sesuatu yang berkonsepkan western food, grill and steak, korang bolehlah berkunjung ke Westside Bistro, SACC. Tawaran harga promosinya memang sangat berbaloi.


Nak tahu apa istimewanya menu kali ni di Westside Bistro ? Haaaa...Chef Eksekutif, Encik Jamili Napiah menampilkan hidangan utama Steak & Grill iaitu Daging Panggang Skewer, Kambing Panggang Skewer, dan Ayam Panggang Skewer. Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hadil gabungan kepakaran chef dan bahan-bahan segar. Variasi hidangan sizzling skewer dengan pelbagai hidangan pelengkap ini pasti menjadi tumpuan para pengunjung.



Sempena promosi Sizzling Skewer yang akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2017, korang jangan lepaskan promosi penjimatan hebat menerusi laman http://sacc.onpay.my/order/form/wssteakandgrill . Korang boleh nikmati harga promosi bermula RM38.00+ apabila korang buat pembelian voucher secara online.


Manakala, setiap tempahan yang dibuat untuk hari Rabu dan Khamis, kanak-kanak yang berumur 7 hingga 10 tahun boleh makan secara PERCUMA di buffet kanak-kanak yang disediakan. Sangat menjimatkan !!!!


Antara makanan yang dihidangkan di buffet kanak-kanak


Jadi, tunggu apa lagi...Sementara promosi sedang berlangsung ni, buat tempahan di http://sacc.onpay.my/order/form/wssteakandgrill untuk nikmati harga yang menarik.




Salad free flow untuk dewasa

Mushroom soup & bread ni pun korang boleh nikmati dengan setiap pembelian sizzling skewer

Lebih istimewa, tempahan ruang bistro dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mengadakan majlis keraian atau sesi perbincangan di Westside Bistro. Ia mampu menempatkan hingga 100 pengunjung dalam satu-satu masa dengan tawaran pakej yang menarik di tengah-tengah bandaraya Shah Alam.

Suasana Malam di Westside Bistro


Klik untuk senarai MENU :

Harga walk-in

Normal Rate : RM 48.00+
Normal Rate Kids Buffet : RM 12.00+
  
Terma dan syarat:

·         Kanak-kanak umur 6 tahun dan ke bawah adalah PERCUMA
·         Promosi sehingga 31 Oktober 2017
·         Sah pada hari Rabu hingga Ahad (termasuk Cuti Umum)
·         minimum tempahan 2 hari sebelum tarikh kejadian dan 1 hari untuk  
          reschedule.
·         Dine-in only.
·         Certified Halal.
·         Harga tidak termasuk 6% gst. Tiada caj perkhidmatan.

Signature dessert yang boleh ditempah secara berasingan. Kalau berminat nak beli cheese cake tu, harga RM75 untuk berat 1kg..Sedap tau!

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini:


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Westside Bistro di talian 03-5511 8858.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment