Tuesday, June 06, 2017

Istimewa Ramadhan 2017 | Group Steak di ME'NATE STEAK HUB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hi Korang...!!! Macam mana dengan ibadat puasa Ramadhan korang setakat ni..? Banyak tak yang korang makan masa berbuka..? Dah ada yang serang mana-mana Buffet Ramadhan ke..?

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Sementara masih lagi ada hari untuk menunaikan ibadat puasa Ramadhan, ada tak di antara korang yang teringin berbuka puasa dengan steak ?


Kalau korang nak tahu, sempena bulan Ramadhan Me’nate Steak Hub menawarkan hidangan ‘Group Steak’ Istimewa Ramadhan 2017 dengan harga yang berpatutan. Kebiasaannya kalau korang pergi ke Me’nate Steak Hub di luar bulan puasa, daging yang korang pilih akan ditimbang terlebih dahulu. Sudah pasti harganya pun boleh tahan.


Tapi berbeza dengan bulan Ramadhan, korang hanya perlu bayar pada satu harga sahaja untuk sekepala bagi menikmati hidangan steak di Me’nate Steak Hub. Jom tengok apa yang menarik dalam Pakej Istimewa Ramadhan Group Steak di Me’nate Steak Hub.

Berikut antara pakej yang ada :

1-2 PAX*
Beef + Chicken or Lamb + Chicken
and
Bukhari Briyani or Spaghetti Aglio Olio


3-6 PAX*
Beef + Lamb
and
Chicken or Roasted Seabass
and
Bukhari Briyani or Spaghetti Aglio Olio


7 PAX KE ATAS*
Beef + Lamb + Chicken + Roasted Seabass
and
Bukhari Briyani or Spaghetti Aglio Olio

* Percuma - Kuih Tradisional, Kurma, Buah-buahan dan Air 'Free Flow' (Unlimited Refill)


Dalam pinggan yang besar ni ada Kambing, Ayam dan Daging.

Roasted Seabass

Bukhari Briyani

Spaghetti Aglio Olio

Buah-buahan

Kuih Tradisional & Kurma

Sempena bulan Ramadhan, Group Steak ini boleh dinikmati di semua cawangan Me’nate Steak Hub. Istimewanya adalah harga yang ditawarkan hanya sah untuk bulan Ramadhan sahaja..!!! Bulan lain tak dapat dik non...

HARGA PER PAX :

DEWASA - RM89.90
*untuk 12 tahun ke atas

KANAK-KANAK - RM39.90
*untuk 5 hingga 12 tahun sahaja.

Berbaloikan harganya dengan kuantiti makanan yang dihidangkan.? Sangat berpuas hati..!

Para chef yang terlibat dalam penyediaan makanan di Me'nate Steak Hub Shah Alam

So, tunggu apa lagi, sementara belum habis bulan Ramadhan, jom terjah mana-mana cawangan Me’nate Steak Hub yang berdekatan dengan korang. Nah, kat bawah ni ada Achik sertakan alamatnya sekali...Korang pilih lah mana lokasi yang berkenan di hati...

ALAMAT CAWANGAN ME’NATE STEAK HUB :

Me'nate Steak Hub Cawangan Setapak
C-01-03, Starpac Point
Jalan Taman Ibukota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur.

Me'nate Steak Hub Cawangan Ampang Jaya
16, Jalan Kerja Air Lama Satu
Taman Shuet Liang, Ampang
Selangor

Me'nate Steak Hub Cawangan Bandar Baru Bangi
No. 25, Jalan Medan Pusat 2D
3B Curve Business Park, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Me'nate Steak Hub Cawangan Shah Alam
Lot F-36, Vista ALam,
Jalan Ikhisas 14/1 Off Persiaran Damai,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam.
Selangor



Untuk maklumat lanjut layari :

Sebarang pertanyaaan atau tempahan, boleh hubungi talian berikut:
019-3911 047
019-4771 047
019-2611 047



~ Achik ~

No comments:

Post a Comment