Friday, September 16, 2016

Terangi Hidupku : Lagu Kempen Bersama TNB #bersatuTENAGA Dah Siap !

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang..!! ingat lagi tak tentang kempen #bersatuTENAGA yang Achik kongsikan sebelum ini.?

http://achikhuda.blogspot.my/2016/09/kempen-TNB-bersatuTENAGA.html

Haaaa...lagu tema untuk kempen #bersatuTENAGA tersebut telah pun siap dan boleh ditonton di youtube.com. Bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada hari ini, 16 September 2016, lagu tema kempen #bersatuTENAGA ini telah diberi tajuk Terangi Hidupku..Lagu tema ini telah pun dinyanyikan oleh 3 orang penyanyi terkenal di tanahair iaitu Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan.

Jom hafal siap-siap lirik lagu Terangi Hidupku ini..supaya korang boleh turut sama menyanyikan lagu ini bersama Faizal, Jaclyn dan Elizabeth. Best tau lagu ni...

Lirik Lagu Terangi Hidupku#bersatuTENAGA

Memandang jauh menyusur cahaya
Terpikatku memandang indah semua
Terasa hati mula gembira
Membuatku melangkah terus saja

Ku kejar mimpi dan percaya sepenuh hati
Takkan sempurna hidupku tanpamu

Senyumanmu buat aku merasa bahagia
Senyumanmu buat aku ceria sentiasa
Senyumanmu buat aku bertenaga selalu
Takkan terpisah kau dan aku
Senyumanmu

Kau terangi hidupku
Kau terangi hidupku

Kau bagai matahari di jiwa
Menyinari hidup bagai permata
Bersyukur aku atas segalanya
Kau tetap di hati setiap masa

Dengar cerita ramai betul yang sahut cabaran kempen #bersatuTENAGA ni. Kalau korang ke Instagram dan search hashtag #bersatuTENAGA, memang banyak video-video menarik yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia. Tahniah atas sokongan yang telah korang semua berikan ! Korang memang sempoi tau. Semua tak segan silu berikan sokongan.

Jom tonton video muzik Terangi Hidupku yang dah siap ni. Siapa tahu video yang korang kongsikan sebelum ini ada terselit dalam video muzik Terangi Hidupku. Selamat Menyambut Hari Malaysia, 16 September 2016.

Tahniah TNB untuk kempen #bersatuTENAGA ini dan tahniah buat semua kerana merealisasikannya.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment