Monday, September 05, 2016

Berikan Sokongan Anda Dalam Kempen #bersatuTENAGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

wah...tengah hangat buat ketika ini kempen #bersatuTENAGA yang dilancarkan oleh Tenaga Nasional Berhad bersempena dengan sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yg akan disambut pada 16 September 2016.

Kalau korang semua search hashtag #bersatuTENAGA di Instagram, dah ramai yg turut berkongsi idea serta kreativiti mereka untuk berikan sokongan kepada kempen #bersatuTENAGA . Ada yang mempunyai bakat dalam penulisan lirik dan lagu turut berkongsi idea dalam menghasilkan lagu #bersatuTENAGA .


tak pandai menyanyi mahu pun menulis lirik? jangan risau..korang boleh buat apa sahaja untuk tunjukkan sokongan anda pada kempen #bersatuTENAGA ini..boleh menari, miming mulut, slideshow gambar dan apa saja mengikut kreativiti korang..siapa tahu video korang akan dipilih untuk dimuatkan dalam Music Video #bersatuTENAGA .

Demi menyahut kempen #bersatuTENAGA ini, Achik telah pun kongsikan video Achik nyanyi part chorus lagu bersatu Tenaga yang diilhamkan oleh artis terkenal, Faizal Tahir. Lirik lagu tersebut sangat catchy dan bertenaga. Tak lekang dibibir dibuatnya..Jom tonton video yang Achik telah kongsikan di Instagram sempena kempen #bersatuTENAGA ini..


Senyumanmu..
Buat aku merasa bahagia
Senyumanmu...
Buat aku ceria sentiasa
Senyumanmu...
Buat aku bertenaga selalu
Takkan terpisah kau dan aku...
Kau terangi hidupku

Oh oh oh
Kau terangi hidupku..!

Selain Faizal Tahir, artis terkenal Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan turut sama menyahut cabaran #bersatuTENAGA dengan berkongsi idea untuk menghasilkan lirik lagu ini...

Nak saksikan video semangat #bersatuTENAGA yang dikongsikan oleh Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan, korang boleh saksikan di FB dengan klik ini https://www.facebook.com/notes/tnb-careline/bersatutenaga-a-song-that-wont-sound-right-without-your-voice/1411108805569441

atau pun korang boleh klik link di bawah untuk tonton video tiga artis hebat tanah air yang terlibat...

Faizal Tahir:
https://www.facebook.com/TNBCareline/videos/1412029745477347/

Elizabeth Tan:


Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kempen #bersatuTENAGA ini, jom sama-sama kita Like dan Follow akaun rasmi FB, Instagram dan Twitter Tenaga Nasional Berhad...Korang boleh klik sahaja link di bawah:


Tak sabar rasanya nak tengok music video #bersatuTENAGA yang dijangka akan dilancarkan pada 16 September 2016 ini. Buat korang yang masih belum menyahut cabaran ini, apa kata ajak keluarga serta rakan-rakan korang sama-sama memeriahkan kempen #bersatuTENAGA. Kita buat hashtag #bersatuTENAGA trending worldwide..!!!

Salam kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment