Tuesday, September 27, 2016

SISTA Malaysia - Easy go Data & Sync Cable Berkualiti Untuk Keperluan IT Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Achik nak tanya ni...Kebiasaannya berapa lama cable telefon pintar korang mampu bertahan? Hehehe...Baik jawab dengan jujur..

Kalau korang nak tahu, cable telefon pintar Achik memang selalunya tak tahan lama walau pun cable yang original. Kalau kita tengok pun cable telefon pintar sekarang pun tak semuanya berkualiti. Malah sekiranya kerap digunakan sewaktu korang tengah ‘charge’ telefon pintar, lagi cepat rosak di bahagian hujung cable tu apabila selalu sangat ianya dibengkokkan.

Apa nak susah...kalau cable telefon pintar rosak, beli sahaja kat kedai. Zaman teknologi sekarang, kedai aksesori telefon dah tumbuh macam cendawan. Cable telefon pintar ada yang dijual serendah RM10.00. Tetapi sejauh mana ketahanan cable tu? Korang yang beli, korang yang guna, korang sendiri tahu kualitinya.

Actually, jujur Achik katakan yang Achik dah fed up dengan cable micro USB jenama R yang Achik beli dari satu kedai aksesori telefon ni. Kalau Achik sebut nama kedai, korang mesti tahu punya. Cable yang Achik beli hanya bertahan paling lama sebulan sahaja. Paling cepat pula satu minggu. Kalau setiap kali beli harga RM15-RM18, kalau dah 3 kali beli, korang kiralah sendiri berapa jumlah yang Achik dah belanjakan untuk cable telefon pintar sahaja.


Baru-baru ini Achik diperkenalkan dengan satu lagi jenama aksesori telefon, iaitu SISTA. Kalau korang nak tahu, SISTA di berasal dari Hong Kong manakala Ibu Pejabatnya terletak di Shenzhen. Kewujudan aksesori telefon jenama SISTA ini merupakan idea daripada sekumpulan generasi muda yang sangat berminat dengan dunia teknologi. Pengasasnya dan pasukan reka bentuk serta beberapa ahli yang berasal dari Shenzhen, Hong Kong dan Malaysia mempunyai minat yang mendalam tentang pembangunan industri, budaya hidup dan seni reka bentuk mengikut gaya terkini. SISTA sangat menitikberatkan proses pengeluaran pada setiap aksesori telefon yang dikeluarkan agar ianya mencapai standard yang tinggi dari segi kawalan kualiti, inovasi dan utiliti.


Sejak cable telefon pintar Achik rosak, Achik cas telefon pintar Achik guna cable kamera digital. Nasib baiklah boleh telefon pintar Achik ni boleh support cable tu..Kalau tak, memang parah sangat. Tapi sekarang ni, Achik tak perlu risau lagi. Achik dah ada EASY GO series – Charge & Sync cable dari SISTA. Apa yang Achik suka sangat dengan cable SISTA ni, hujung cable tu tak mudah bengkok / ‘patah’ seperti cable lama telefon pintar yang Achik gunakan sebelum ni. Lega sangat rasanya. Akhirnya dah jumpa cable telefon pintar yang sesuai ! Bukan sahaja boleh cas telefon pintar, tapi boleh digunakan untuk transfer data dari telefon ke PC / Laptop.

Boleh transfer data dari digital kamera juga

Jom tengok apa lagi kelebihan yang ada pada SISTA EASY GO series – Charge & Sync cable:


Cable yang cute dan lebih praktikal
Proses pemindahan data lebih cepat
Tempoh mengecas lebih pantas. Boleh cas bateri kamera Achik juga tau !
Selamat digunakan
Wayar yang disaluti silikon yang berkualiti dan mempunyai warna yang menarik
Reka bentuk yang rata, tidak mudah terbelit & mudah disimpan
Model: ST-D02PV = 220mm / 2.1 A

Boleh digunakan bersama dengan powerbank

Yang Achik gunakan ni model ST-D02PV yang direka untuk micro USB. Harga pasaran adalah RM29.00. Kalau korang pengguna Iphone, jangan risau...SISTA juga ada keluarkan cable yang sama iaitu model ST-D02PI. Yang pasti, kedua-dua cable ini mempunyai beberapa pilihan warna yang menarik.


ST-D02PV untuk Micro USB

ST-D02PI for Lightning

Selain cable yang Achik gunakan ni, banyak lagi cable serta aksesori telefon lain yang boleh memenuhi keperluan korang. SISTA Malaysia ada jual power bank, charger, bluetooth earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan macam-macam lagi.

Nak dapatkan maklumat lanjut tentang aksesori lain yang dijual oleh SISTA Malaysia, korang boleh Like FB SistaMalaysia


Direct link untuk ketahui lokasi kedai :

Web: 

Hubungi :
03-89417677

~ Achik ~

Monday, September 26, 2016

Volkswagen Kuning (2016), Filem Seram Melayu Yang Harus Dibanggakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ini, telah banyak filem genre seram melayu yang telah pun ditayangkan di pawagam. Kebanyakan filem seram tersebut, hanya beberapa filem sahaja yang mempunyai jalan cerita yang sempurna dan tidak mengecewakan peminatnya. Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan filem seram melayu yang ditayangkan di pawagam kurang mendapat sambutan disebabkan persepsi orang kita yang telah pun menetapkan ‘star rating’ terlebih awal kepada filem seram melayu yang terdahulu.



Apa Bezanya Filem Volkswagen Kuning Dengan Filem Seram Yang Lain?

Jujur Achik katakan, sebelum Achik menonton filem Volkswagen Kuning ini macam-macam perkara yang bermain di fikiran Achik. Adakah hantunya menyeram? Adakah jalan ceritanya akan menghantui kehidupan Achik? Adakah kisah Volkswagen Kuning ni benar-benar wujud? Adakah babak-babak dalam filem ini terlalu menyeramkan?

Selepas menonton Volkwagen Kuning, akhirnya persoalan-persoalan di atas terjawab sudah. Ternyata filem Volkswagen Kuning jauh berbeza dengan filem seram melayu yang lain. Malah kualiti filem Volkswagen Kuning ini jauh lebih baik dari filem seram melayu yang lain. Filem yang diarahkan oleh pengarah muda (Shadan Hashim) ini diinspirasikan dari kisah benar yang telah diolah semula bagi mencantikkan plot penceritaannya. Sungguh pun ianya telah diolah semula dengan menyelitkan pelbagai elemen, tetapi jalan ceritanya tidak tergantung malah susun atur plot penceritaannya sangat teratur.

Oh ye...sungguh pun Volkswagen Kuning ini merupakan filem seram, tetapi tiada kemunculan watak hantu-hantu melayu dalam filem ini sepertimana yang korang jangkakan. Jadi tak perlulah korang nak tutup muka tu sepanjang menonton filem Volkswagen Kuning ini. Walau tiada kemunculan watak hantu dengan muka hodoh, tetapi jalan ceritanya tetap mendebarkan dan mencemaskan para penonton.

Cumanya sehingga kini, Achik masih tertanya-tanya adakah hantu Volkswagen Kuning ini masih lagi muncul di Lebuhraya Karak mahupun Lebuhraya Utara Selatan ?



Pemilihan Pelakon Yang Tepat !

Bagi Achik pemilihan para pelakon untuk memainkan watak dan peranan dalam filem Volkswagen Kuning ini sangat tepat! Malah skrip yang dituturkan oleh setiap pelakon juga tersusun dan sampai maksudnya. Achik percaya, Pekin Ibrahim (memegang watak sebagai Fuad) yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Terbaik Lelaki – FFM28 tidak akan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menggalas tugas sebagai peneraju utama sekiranya skrip dan plot penceritaan sesuatu filem itu tidak kuat dan tidak berkualiti.


Digandingkan dengan Atikah Suhaime, ada peningkatan pada prestasi lakonan Atikah Suhaime dalam filem Volkswagen Kuning ini. Atikah berjaya membawa watak Sarah dan tidak kelihatan kaku dalam lakonannya.

Watak Pak Ayob yang dilakonkan oleh Azman Hasan sememangnya sangat menghiburkan dan berjaya mencuit hati para penonton. Setiap kali scene Pak Ayob ni muncul, para penonton pasti akan tertawa dengan keseriusan muka Pak Ayob menuturkan skripnya..Heran juga Achik dibuatnya....Mungkin ada kisah lucu yang terjadi semasa di lokasi penggambaran filem ini yang membuatkan mereka ketawa setiap kali babak Pak Ayob muncul...Siapa tahu kan.



Berbaloi ke Menonton Filem Volkswagen Kuning?

Secara keseluruhannya, filem arahan Shadan Hashim ini memang berbaloi untuk ditonton. Ianya bukan sekadar filem seram kosong yang tiada mesej, tetapi banyak mesej dan elemen pengajaran yang hendak disampaikan dalam filem ini.

Jadi, dah tiba masanya untuk korang keluar beri sokongan pada filem seram melayu arahan Shadan Hashim ini. Seorang pengarah muda yang mempunyai idea-idea yang baru dan segar.

Dari 5 bintang, Achik bagi 3.5 bintang untuk filem ini.



Sinopsis

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah pun bertunang, Fuad (Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atikah Suhaime) yang telah diganggu oleh hantu Volkswagen Kuning semasa dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad.

Apakah sebenarnya motif Volkswagen Kuning ini muncul dijalan raya dan mengganggu mereka berdua? Jawapannya ada dalam filem Volkswagen Kuning telah pun mula ditayangkan di pawagam pada 22 September 2016.

"Di Kala Malam Menjelma, Dendam Kesumat Membara"


Official Trailer


~ Achik ~

Sunday, September 25, 2016

Jatuh Cinta : 8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

Assalamualaikum dan sejahtera korang !!!

Selepas Huawei P9, kini pasaran teknologi telefon pintar dihangatkan lagi dengan pelancaran model terbaru Honor 8 yang telah dilancarkan di Malaysia pada 6 September 2016 yang lalu. Achik sememangnya salah seorang peminat telefon pintar. Setiap kali terdapat model baru dilancarkan di pasaran, Achik pasti membuat kajian pasaran dengan membuat perbandingan ciri-ciri yang ada pada telefon pintar tersebut berbanding telefon pintar yang telah pun berada di pasaran. Malah, selari dengan perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi maklumat pada masa kini, ciri-ciri yang ada pada sesuatu telefon pintar yang baru dilancarkan turut memainkan peranan yang hebat dalam menarik minat pembeli.

Sejak Honor 8 dilancarkan, banyak cerita-cerita hebat yang Achik dengar berkaitan teknologi dan kecanggihan yang ada pada model ini. Kebetulan Achik memang sedang mencari telefon pintar yang baru dan ternyata Honor 8 memenuhi segala kriteria yang Achik tetapkan. Yup, Achik dah jatuh cinta dengan model telefon pintar terbaru keluaran Huawei ini. Kenapa? Jom Achik kongsikan dengan korang semua 8 Sebab Kenapa Korang Perlu Dapatkan Honor 8.

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8


1)  Dual Kamera Yang Canggih Untuk Kualiti Gambar Yang Terbaik !

Kualiti kamera yang terdapat pada sesuatu model telefon pintar sangat memainkan peranan. Setiap kali ingin membeli telefon bimbit, Achik sangat menitikberatkan kualiti kamera yang ditawarkan pada telefon pintar tersebut. Korang jangan terkejut kalau Achik beritahu yang telefon pintar Honor 8 ini menawarkan kamera 12 megapixel dengan 2 lensa kamera dibelakangnya yang berfungsi sebagai kamera warna dan monokrom. Gabungan 2 jenis lensa ini mampu menghasilkan kualiti gambar yang terbaik walau pun dalam keadaan cahaya yang kurang / malap. Jadi, lepas ni tak perlulah korang risau apabila hendak mengambil gambar di kawasan yang kurang pencahayaan. Sebabnya, 2 lensa kamera yang ada pada Honor 8 ni mampu memberikan pencahayaan yang secukupnya dalam setiap gambar yang diambil. Best kan.!

Hasilkan gambar seperti jurugambar profesional hanya dengan Honor 8

Tak cukup dengan kamera belakang, kamera hadapan yang ditawarkan oleh Honor 8 juga sangat menggembirakan pemiliknya. Kamera hadapan dengan 8 megapixel sudah pasti dapat menghasil gambar selfie yang cantik walau pun dalam keadaan cahaya yang rendah. 

Jadi, kalau korang diberi pilihan antara Honor 8 dengan Kamera Digital, mana satu yang korang akan pilih??

Dengan fungsi kamera yang ada pada Honor 8 ni, sudah tentu Achik akan pilih Honor 8...Untuk apa pikul kamera digital berat-berat kalau Honor 8 mampu memberikan kualiti gambar yang cantik..Betul tak?


2)  Paparan Skrin Yang Jelas & Selamat Untuk Mata!

Seperti televisyen (TV) juga, paparan skrin pada telefon pintar juga semakin hari semakin canggih. Kalau TV pun kita suka untuk menonton TV yang ada fungsi HD mahu pun 3D, ini kan pula telefon pintar. Melihat paparan skrin Honor 8, seperti mata kita sedang melihat sesuatu yang realiti / "bernyawa". Honor 8 memberikan paparan FHD 5.2-inci dengan 96% high colour gamut (NTSC) menjadi paparan skrin lebih cerah ! Didatangkan dengan teknologi kawalan warna dan dynamic pixel level, ianya dapat memberikan paparan skrin yang jelas dan cerah.

Lebih istimewa, korang boleh gunakan fungsi Eye-care filter untuk menapis cahaya biru yang dapat mengurangkan ketegangan mata. Fungsi eye-care filter ini memang sesuai sangatlah dengan Achik yang mempunyai masalah silau pada mata. Mata Achik mudah letih sekiranya terlalu lama mengadap skrin yang terang. Jadi, dengan Honor 8 ni mata Achik lebih selesa dan tidak berasa letih semasa menonton video, bermain games atau pun membaca dalam tempoh yang lama.



3)  Teknologi Mengecas Lebih Pantas & Bateri Tahan Lebih Lama !

Ini antara sebab utama kenapa Achik sukakan Honor 8. Achik adalah seorang pengguna telefon pintar yang tegar. Setiap minit boleh kata telefon pintar pasti ada pada tangan Achik. Malah, untuk memandu kemana sahaja, Achik pasti menggunakan aplikasi Waze bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Bayangkan dengan peratusan kekerapan penggunaan aplikasi yang banyak menggunakan bateri, berapa lama sahaja bateri telefon pintar Achik mampu bertahan kan.

Berbeza dengan Honor 8, ianya didatangkan dengan bateri berkapasiti 3000mAh yang disokong dengan Smart Power 4.0 yang memaksimumkan tempoh penggunaan bateri tersebut. Dengan adanya fungsi sokongan Smart Power 4.0 ini, kuasa bateri yang ada mampu bertahan selama 1.77 hari bagi penggunaan biasa dan 1.22 hari bagi penggunaan yang kerap. Nampak tak ??? Kuasa bateri mampu bertahan selama 1.22 hari bagi penggunaan yang kerap !!!! Ini yang membuatkan Achik suka sangat dengan Honor 8. Lepas ni, takdelah kerap sangat Achik perlu cas bateri telefon pintar Achik. Hehehe..


Selain memiliki kuasa bateri yang tahan lebih lama, Honor 8 juga memiliki ciri 9V/2A teknologi mengecas yang lebih pantas ! Dalam tempoh 30 minit masa mengecas, teknologi ini mampu memberikan 47% kuasa kepada bateri Honor 8 korang. Pantas kan..? Sesuai sangat dengan Achik yang selalu terlupa nak cas telefon. Lepas ni, Achik tak perlu risau tak cukup masa untuk mengecas bateri telefon pintar sebab Honor 8 dapat membantu Achik menyelesaikan masalah tersebut.


4)  Boleh Tukar Channel TV & Kawal Penghawa Dingin ?

Ok...Yang ni sesuatu yang luar biasa sangat !!! Dengan Honor 8, korang boleh kawal peralatan elektronik termasuklah TV, penghawa dingin atau apa saja peralatan elektronik yang sokong peranti ini. Perghhh...canggih tau !!!! 


Honor 8 dilengkapi dengan kawalan pintar 4.0 (Smart Control 4.0) yang mampu mengawal peralatan elektronik yang dikeluarkan oleh lebih 5000 barangan berjenama antarabangsa serta lebih 230,000 model antarabangsa. Sesuatu yang menarik untuk diterokai. Tak pernah lagi sebelum ni Achik mendengar mana-mana telefon pintar yang boleh mengawal peralatan elektronik. Kalau betul Honor 8 mampu mengawal peralatan elektronik korang, jadi tak perlulah Achik risau kalau remote control peralatan elektronik dekat rumah ni rosak, hilang atau salah letak di mana-mana..Kejadian remote control rosak atau salah letak sampai cari tak jumpa adalah kejadian yang selalu terjadi di rumah Achik..hahaha..Lepas ni dengan adanya Honor 8, Achik boleh buat magic tukar siaran TV menggunakan telefon pintar sahaja. Pasti seronok !


5)  Keselamatan Telefon Pintar Terjamin Dengan Fungsi Pengimbas Cap Jari

Ini juga merupakan antara 8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8. Banyak dah telefon pintar yang ada di pasaran sudah dilengkapi dengan fungsi pengimbas cap jari bagi melindungi keselematan maklumat dalam telefon pintar. Tapi tidak pula Achik tahu berapakah tahap kepantasan telefon pintar yang lain dalam mengimbas cap jari pemiliknya untuk unlock telefon pintar tersebut.

Namun, Achik percaya...penambahbaikan yang ada pada Honor 8 ini menjadikan ianya telefon pintar terbaik dengan pengimbas cap jari yang terpantas ! Dengan Honor 8, korang boleh unlock telefon pintar korang sepantas 0.4 saat melalui imbasan cap jari.! Wow..!!!! Sangat pantas !


Kedudukan pengimbas cap jari juga sangat strategik iaitu berada di bahagian belakang telefon memudahkan Achik untuk membuka mana-mana aplikasi kegemaran Achik dengan lebih pantas. Kini penggunaan telefon pintar jadi lebih mudah dan pantas dengan Honor 8 !


6)  Rekabentuk Elegan Dengan '15-layer craftmanship' !

Ini adalah perkara utama yang hangat dibualkan di kalangan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan telefon pintar di pasaran. 'Honor 8 is crafted and designed to precision!' 


Yes ! Setiap bahagian pada telefon pintar ini dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ianya memberikan fungsi yang terbaik di kalangan telefon pintar yang ada di pasaran. Direka dengan '15-layers craftmanship' dengan kesan 3D, rekabentuk Honor 8 sangat elegan, kemas, tampak mahal malah teksturnya membuatkan ianya selesa dipegang oleh tapak tangan korang.


7)  Teknologi Terkini Dengan Prestasi CPU Yang Laju !

Cakap tentang prestasi CPU ini, Achik teringat dengan officemate Achik yang kerap tanya Achik tentang processor telefon pintar. Mana taknya, telefon pintar dia terlalu perlahan. Sampaikan Achik kata, "belilah telefon baru yang tinggi kelajuan dan RAM nya"..Setiap kali dia survey telefon pintar secara atas talian, dia pasti akan tanya Achik ok tak kelajuan dan RAM telefon tu. Nampak kan betapa pentingnya kelajuan CPU serta RAM yang ada pada sesuatu telefon pintar tu? 


Jadi, ini juga merupakan antara 8 sebab kenapa Achik sukakan Honor 8 ! Ianya dikuasakan dengan processor berkelajuan 2.3GHz CPU OCTA-core dan 4GB LPDDR4 RAM. Dengan Honor 8, proses peralihan antara aplikasi dan fungsi telefon pintar lebih licin dan lancar. 


8)  Harga Mampu Milik Dengan Kepuasan Yang Maksima !

Sememangnya kebanyakan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Huawei menawarkan harga mampu milik yang jauh lebih murah berbanding telefon pintar jenama lain dengan teknologi yang sama.

Untuk kali ini, sekali lagi Huawei menawarkan harga yang murah buat model telefon pintar keluaran terbarunya. Bagi Achik, kenapa perlu bayar lebih sekiranya yang murah itu menawarkan fungsi yang sama dengan yang mahal. Malah, terdapat juga sesuatu yang murah itu menawarkan fungsi yang 'extra' berbanding sesuatu yang mahal harganya.

Dengan harga yang tidak melebihi RM2k, Honor 8 memang sangat berbaloi untuk dimiliki. Honor 8 didatangkan dengan 2 versi iaitu 4GB + 64GB ROM  dan  4GB + 32GB ROM.


******

Berdasarkan 8 sebab yang Achik kongsikan di atas, ada di antara korang berminat untuk dapatkan Honor 8 ? Korang boleh dapatkan telefon pintar terbaru ini di Lazada Malaysia ! 

Klik <Honor 8> sekarang untuk membuat tempahan!

Bermula 26 Sept 2016 hingga 30 Sept 2016 ini, #MYcybersale akan berlangsung di Lazada Malaysia. Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan Honor 8 sepanjang tempoh ini.

Berikut adalah harga yang ditawarkan sepanjang #MYcybersale di Lazada Malaysia:

* Honor 8 32GB (Black / White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glas (Total Worth RM326) = RM1,699.00 sahaja !

Honor 8 64GB (Blue / Gold) FREE Honor Power Bank, Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glas (Total Worth RM575) = RM1,899.00 sahaja !



~ Achik ~

Friday, September 16, 2016

Terangi Hidupku : Lagu Kempen Bersama TNB #bersatuTENAGA Dah Siap !

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang..!! ingat lagi tak tentang kempen #bersatuTENAGA yang Achik kongsikan sebelum ini.?

http://achikhuda.blogspot.my/2016/09/kempen-TNB-bersatuTENAGA.html

Haaaa...lagu tema untuk kempen #bersatuTENAGA tersebut telah pun siap dan boleh ditonton di youtube.com. Bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada hari ini, 16 September 2016, lagu tema kempen #bersatuTENAGA ini telah diberi tajuk Terangi Hidupku..Lagu tema ini telah pun dinyanyikan oleh 3 orang penyanyi terkenal di tanahair iaitu Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan.

Jom hafal siap-siap lirik lagu Terangi Hidupku ini..supaya korang boleh turut sama menyanyikan lagu ini bersama Faizal, Jaclyn dan Elizabeth. Best tau lagu ni...

Lirik Lagu Terangi Hidupku#bersatuTENAGA

Memandang jauh menyusur cahaya
Terpikatku memandang indah semua
Terasa hati mula gembira
Membuatku melangkah terus saja

Ku kejar mimpi dan percaya sepenuh hati
Takkan sempurna hidupku tanpamu

Senyumanmu buat aku merasa bahagia
Senyumanmu buat aku ceria sentiasa
Senyumanmu buat aku bertenaga selalu
Takkan terpisah kau dan aku
Senyumanmu

Kau terangi hidupku
Kau terangi hidupku

Kau bagai matahari di jiwa
Menyinari hidup bagai permata
Bersyukur aku atas segalanya
Kau tetap di hati setiap masa

Dengar cerita ramai betul yang sahut cabaran kempen #bersatuTENAGA ni. Kalau korang ke Instagram dan search hashtag #bersatuTENAGA, memang banyak video-video menarik yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia. Tahniah atas sokongan yang telah korang semua berikan ! Korang memang sempoi tau. Semua tak segan silu berikan sokongan.

Jom tonton video muzik Terangi Hidupku yang dah siap ni. Siapa tahu video yang korang kongsikan sebelum ini ada terselit dalam video muzik Terangi Hidupku. Selamat Menyambut Hari Malaysia, 16 September 2016.

Tahniah TNB untuk kempen #bersatuTENAGA ini dan tahniah buat semua kerana merealisasikannya.

~ Achik ~

Tuesday, September 13, 2016

Pelancaran dan Demonstrasi Mesin Nescafe Gold Blend Barista di Involve Asia Affiliate Workshop

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera...

Syukur sangat rasanya apabila Achik turut diundang ke InvolveAsia Affiliate Workshop yang telah diadakan pada 19 Ogos 2016 yang lalu. Banyak sangat ilmu pengetahuan yang telah dikongsi oleh mereka yang pakar dari InvolveAsia berkaitan kerjaya ‘blogging’ ini. Apabila menceburi bidang penulisan blog ini, antara cabaran yang dihadapi oleh setiap blogger adalah bagaimana untuk memastikan bilangan pembaca yang berkunjung ke blog mereka naik dari semasa ke semasa. Walau pun bilangan pembaca yang berkunjung ke blog kita ramai, tetapi ianya tetap mencabar untuk mengekalkan kuantiti pembaca yang berkunjung berada pada tahap yang memberangsangkan.

Sesi perkongsian ilmu berkaitan Affiliate Programme oleh pihak Involve Asia

Antara topik menarik yang telah dikongsikan semasa Involve Asia Affiliate Workshop tersebut adalah:

* Pengenalan berkaitan Involve Asia Affiliate Programme yang sedikit sebanyak dapat membantu para Blogger untuk menjana pendapatan melalui perkongsian topik di Blog

* The power of affiliate marketing by optimizing your blog

Tahniah diucapkan buat Involve Asia atas inisiatif mengadakan workshop ini untuk sama-sama berkongsi ilmu kepada para Blogger untuk menjana pendapatan melalui minat penulisan Blog.

Selain itu, turut bekerjasama dalam Involve Asia Affiliate Programme ini adalah Nestle dan Nescafe. Satu demo dan perkongsian ilmu berkaitan mesin terbaru keluaran Nestle telah diadakan pada hari yang sama. Nestle dan Nescafe berbesar hati memperkenalkan Nescafe Gold Blend Barista Machine yang mampu menghasilkan 5 stail kopi hanya dengan 1 klik sahaja.

Sesi penerangan dan demonstrasi penggunaan mesin Nescafe Gold Blend Barista

Untuk makluman semua, Achik telah pun mencuba sendiri mesin Nescafe Gold Blend Barista ini untuk menghasilkan kopi kegemaran Achik. Mudah sangat apabila sebagai seorang peminat tegar kopi, Achik memiliki mesin ini untuk menikmati kopi di rumah mahu pun di pejabat. Saiznya yang kecil dan menjimatkan ruang sememangnya senang di bawa ke mana-mana sahaja. Apa yang penting, tempat yang dituju mestilah ada ‘power supply’ kan. Barulah mesin Nescafe Gold Blend Barista boleh berfungsi.

Pastikan mesin yang dibeli adalah mesin yang asli dan mempunyai logo Nescafe Gold Blend Barista di atasnya

Seperti yang Achik maklumkan sebelum ini, mesin Nescafe Gold Blend Barista ini boleh menghasilkan 5 stail kopi dengan hanya 1 klik. 5 stail kopi tersebut termasuklah Latte, Cappuccino, Espresso, Lungo dan Americano. Bersesuaian dengan namanya, mesin Nescafe Gold Blend Barista ini hanya boleh digunakan bersama dengan Nescafe Gold sahaja ! Jangan sesekali menggunakan Nescafe jenis Classic, Blend & Brew atau apa sahaja jenis kopi selain daripada Nescafe Gold. Antara kelebihan yang ada pada kopi dari Nescafe Gold ini adalah kopi kering yang dibekukan menggunakan teknologi premium yang terkini, mempunyai aroma yang tersendiri dan dihasilkan daripada biji kopi Arabica dan Robusta yang berkualiti tinggi.

5 pilihan stail kopi ala Barista yang boleh dihasilkan oleh mesin Nescafe Gold Blend Barista

Kalau sebelum ini sekiranya Achik ingin nikmati ‘Barista Style Coffee’ mesti Achik perlu ke coffee house atau mana-mana cafe yang berdekatan. Tapi dengan adanya mesin Nescafe Gold Blend Barista ini, kehidupan Achik untuk menikmati kopi lebih mudah. Hanya perlu letak kan cawan dan hasilkan kopi stail barista dengan hanya 1 klik. Mudah dan menjimatkan serta boleh menikmati kopi kegemaran Achik pada bila-bila masa sahaja.

Hot Cappucino dari mesin Nescafe Gold Blend Barista

Latte Macchiato dari mesin Nescafe Gold Blend Barista

Jom saksikan video ini untuk ketahui macam mana mesin Nescafe Gold Blend Barista ini menghasilkan Cappuccino dan Latte Macchiato kegemaran Achik..Untuk menghasilkan Latte Macchiato dan Cappuccino, pastikan creamer / susu diisi terlebih dahulu ke dalam cawan mengikut sukatan yang telah ditetapkan.

Link video:
Cappuccino

Latte Macchiato

Mesin ini turut didatangkan dengan manual pengguna. Jadi, jangan risau. Manual Pengguna yang diberikan sangat terperinci maklumatnya terutama maklumat berkaitan penggunaan kali pertama, cara-cara menghasilkan kopi mengikut pilihan pengguna, kuantiti susu, saiz cawan yang diperlukan, cara mencuci mesin dan sebagainya. Jadi, tunggu apa lagi...Sekiranya anda peminat kopi, Achik memang syor pada anda mesin Nescafe Gold Blend Barista ini.

Macam mana hendak dapatkan mesin Nescafe Gold Blend Barista ini?

Untuk makluman anda, mesin Nescafe Gold Blend Barista ini akan mula dilancarkan penjualannya di Lazada pada 14 September 2016. Sempena pelancaran jualannya di Lazada, Lazada turut menawarkan harga promosi yang menarik untuk direbut oleh anda semua.

Harga Pelancaran : RM239.00 sahaja.




Jadi, pastikan anda tak terlepas peluang untuk dapatkan combo mesin Nescafe Gold Blend Barista 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar + 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack dengan harga pelancaran yang pastinya lebih menjimatkan.

Layari www.lazada.com.my/nescafe-barista/ untuk membuat pembelian.

~ Achik ~