Monday, August 15, 2016

Organic Sugar Free Mooncake by BMS Organics

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sempena pesta menuai yang akan disambut oleh Masyarakat China, BMS Organics telah pun melancarkan “Warmth Beneath The Autumn Moon”. Majlis Pelancaran tersebut yang telah diadakan pada 13 Ogos 2016, bertempat di Cheras Leisure Mall turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung Shopping Mall tersebut. Rata-rata orang awam khususnya masyarakat China tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri 6 perasa mooncake yang baru diperkenalkan oleh BMS Organics.


Sudah tidak asing lagi, Mid-Autumn Festival atau pun pesta menuai yang disambut oleh masyarakat China sememangnya berkait rapat dengan aktiviti perhimpunan, nyanyian kesyukuran serta sesi berdoa. Kuih bulan merupakan hidangan wajib ada dalam sambutan pestan menuai ini.

Dalam entry kali ini, bukanlah sambutan Pesta Menuai yang Achik ingin tekankan. Tapi entry kali ini lebih kepada Pelancaran Kuih Bulan yang sihat oleh BMS Organics. Di kalangan masyarakat China sememangnya sudah biasa merasai kuih bulan yang manis, mengandungi kandungan gula yang tinggi serta lemak yang tinggi. Sudah tentu kuih bulan tersebut tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi.

Oleh sebab keprihatinan yang tinggi terhadap golongan yang berpenyakit ini, BMS Organics telah memperkenalkan 6 pilihan kuih bulan tanpa gula yang baru dan dibuat menggunakan bahan-bahan yang terbaik yang pasti memberi anda sedikit intensity dan tekstur yang menarik.! Dengan adanya Organic Sugar Free Mooncake ini, semua golongan yang sukakan kuih bulan dapat menikmatinya bersama keluarga tercinta.


Untuk makluman semua, natural isomalt telah digunakan bagi menggantikan gula biasa dalam kuih bulan yang dihasilkan oleh BMS Organics. Jadi, ianya sangat sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis kerana bahan-bahan yang digunakan adalah 100% organic. Sebagai contoh, tepung gandum bebas daripada pelunturan dan bahan tambahan, dihasilkan melalui proses pengilangan gaya batu tradisional yang membantu amat dalam mengurangkan kehilangan bijirin enzim dan nutrien.

Jom tengok senarai 6 pilihan kuih bulan sugar free dari BMS Organics ini:

1.   Pink Lady 10 Grain Beetroot


Kalau yang biasa ke BMS Organics mesti tahu pasal minuman Pink Lady Oat Milk yang dijual di BMS Organics. Rasa kuih bulan ini seakan sama dengan minuman Pink Lady tersebut. Ianya tidak manis dan sedap…Achik pun dah rasa..! Kalau korang nak tahu, 10 Grain Beetroot bagus untuk menambahkan semula darah untuk wanita. Gabungan susu oat, pes biji teratai ditambah pula dengan warna asli lapisan luar yang diperoleh daripada jus ubi bit, sudah pasti memberikan kebahagian buat kaum wanita di luar sana.



2.    Bamboo Charcol Black Sesame


Tidak kurang hebatnya, kuih bulan perasa Bamboo Charcol Black Sesame ini pun sedap. Rasa Black Sesame sudah tentu menjadi pilihan pembeli. Tidak manis tu yang pasti ! Kek bulan yang kaya dengan bijan hitam ini penuh dengan kalsium, vitamin dan mineral surih. Lapisan luar berwarna hitam diperbuat daripada arang buluh, rasa yang lebih hebat dan melancarkan sistem penghadaman.



3.   Green Balance Macha Red Bean


Aroma sihat teh hijau dan rumput gandum…gabungan yang sempurna warna hijau dan merah di mana kacang merah memberi rasa yang lemak manis manakala serbuk the hijau semula jadi digunakan dibahagian luar kuih bulan. Gabungan 2 bahan ini dilihat dapat membantu proses detoksifikasi badan kita.



4.   Pure Lotus


Menggunakan bahan-bahan yang terbaik dan berkualiti tinggi seperti biji teratai berkualiti tinggi yang memberi anda gabungan rasa yang sihat dan hebat.



5.   Pure Lotus with Yolk


Bahan asas yang sama seperti Pure Lotus cumanya telur kuning masin aromatic digunakan sebagai bahan tambahan. Gabungan kuning telur masin aromatic dan pes biji teratai gula klasik menjadikan rasa kuih bulan ini lebih hebat.



6.   Mixed Nuts Delight

Kaya dengan serat dan asid lemak yang sihat. Rasa yang hebat ini pasti akan membuatkan kuih bulan Mixed Nuts Delight berada lama dalam mulut anda..Achik yakin ianya akan menjadi kuih bulan pilihan ramai kerana rasa tradisionalnya. Buktinya, pilihan Mixed Nuts Delight ni dah pun kehabisan stok..!!!
Sempena pelancaran Kuih Bulan ini, BMS Organics turut menawarkan gift box kuih bulan yang menarik yang telah di makeover oleh BMS Organics. Gift box yang berbentung tanglung dan boleh memuatkan 4 keping kuih bulan itu, boleh digunakan sebagai bekas lampu selepas anda keluarkan semua kuih bulan yang terdapat di dalamnya. Menarikkan. Mesti cahaya lampu yang dikeluarkan oleh gift box tanglung tersebut kelihatan cantik.




Selain itu, BMS Organics juga menawarkan kotak hadiah yang boleh membuat 2 keping kuih bulan dan 1 tin organic green tea. Bungkusannya adalah elegan..sudah pasti sesuai untuk dijadikan hadiah buat keluarga dan sahabat-handai. 

Gift box berbentuk tanglung yang boleh membuatkan 4 keping kuih bulan

Macam mana nak dapatkannya?

Bermula 01 Ogos 2016, orang ramai sudah boleh mendapatkan kesemua kuih bulan ini di mana-mana cawangan BMS Organics.

Harga:
4 keping kuih bulan beserta gift box = RM107.60
2 keping kuih bulan + organic green tea beserta gift box = RM63.00

Tawaran Menarik untuk BMS Organics member atau pemegang kredit kad Citibank, Public Bank atau Aeon, anda berpeluang untuk menikmati:

1.   RM10 BMS Organics Vegetarian Café cash voucher dengan setiap pembelian 4 keping kuih bulan beserta gift box serta berpeluang dapat 20% diskaun untuk pembelian kotak kedua; atau pun

2.   RM5 BMS Organics Vegetarian Café cash voucher dengan setiap pembelian 2 keping kuih bulan beserta gift box serta berpeluang dapat 20% diskaun untuk pembelian kotak kedua.

Muka Achik pun ada dalam video pelancaran Organic Sugar Free Mooncake by BMS Organics ni..Tapi kejap jela..hahahaha...

Sekiranya ada di antara anda yang tak boleh membuat pembelian di mana-mana cawangan BMS Organics, jangan risau….pembelian secara atas talian juga disediakan. BMS Organics akan hantar kuih bulan tersebut di hadapan ruman anda (caj penghantaran adalah percuma untuk West Malaysia sahaja).

Jangan lupa masukkan kod promosi BMSO2UMC untuk dapatkan rebat 10%...Best !!!!

 Untuk maklumat lanjut, layari www.bmsorganics.com dan http://www.organic2u.com.my/mooncake/


2 comments:

  1. Replies
    1. sedap..ikut citarasa tekak masing2..tpi mixed nuts tu dh sold out..huhu

      Delete