Sunday, July 24, 2016

Manjakan Haiwan Kesayangan Anda Dengan SIMBAE

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai petlovers di luar sana !! Korang yg bela kucing or anjing, ada mandikan haiwan kesayangan korang tak? Mandi sendiri di rumah atau di petshop? Hehehe..

Agak-agaknya kenapa ye Achik tanya korang soalan tu?

Sebenarnya Achik nk share dengan korang tentang produk penjagaan bulu dan kulit haiwan peliharaan anda...sudah tentu Shampoo dan Conditioner keluaran Simbae. Untuk Achik yang mempunyai 22 ekor kucing ni, nak berulang-alik ke petshop utk hantar kucing pergi groom memang agak meletihkan dan makan masa. Jadi, Achik lebih suka mandikan kucing-kucing Achik sendiri. Lebih memudahkan sebab 21 dari 22 ekor kucing yg Achik jaga adalah kucing kampung, manakala seekor lagi baka persian...jadi, hanya yg persian tu jela Achik akan bawa pergi groom di petshop...kerana ianya memerlukan extra care pada bulu..

Ok..bercakap pasal Simbae Pet Care ni, meh Achik kongsikan serba sedikit tentang Simbae. Simbae adalah rangkaian produk penjagaan haiwan kesayangan yang sudah pasti bakal menjadi kegemaran dan pilihan pemilik haiwan. Sebagai salah seorang petlover, Achik pasti ramai petlover di luar sana menganggap haiwan peliharaan yang dijaga merupakan sebahagian daripada ahli keluarga. Kalau dh jadi sebahagian daripada ahli keluarga mestilah kena sentiasa wangi dan bersih..

Shampoo keluaran Simbae ni mempunyai 4 jenis yang berbeza..walau botolnya sama je berwarna kuning tapi warna corak dan tulisan pada botol berbeza bagi keempat-empat fungsi. 4 jenis shampoo dan conditioner tersebut adalah 'Fabulous Fur', 'Long Haired', 'Puppy & Kitten' dan Sensitive Skin'.


Puppy & Kitten Shampoo keluaran Simbae ini didatangkan dengan 2 wangian iaitu Country Grove dan Spring Garden.


Wangian Country Grove ini terdiri daripada campuran Lavender, Cinnamon, Chamomile serta Ginger yang mampu menenangkan puppy dan kitten. Walau ianya boleh digunakan untuk mandikan puppy, pemilik kucing yang beragama Islam di luar sana tak perlu risau. Produk dari Simbae ini ada sijil Halal. Logo halal turut dicetak di bahagian belakang botol.

Puppy & Kitten Shampoo keluaran Simbae ini direka khas untuk anak anjing dan anak kucing dengan menitik beratkan bulu mereka yang masih halus dan lembut. Di samping membantu menenangkan anak anjing dan anak kucing, Puppy & Kitten Shampoo juga mempunyai pH yang seimbang yang boleh menyeimbangkan emosi anak anjing dan anak kucing.


Sebenarnya apa kelebihan yang ada pada 3 bahan asas ini dalam Puppy & Kitten Shampoo? Jom baca di bawah:

* Lavender bertindak sebagai agen menenangkan.
* Ginger pula membantu mengurangkan ketegangan pada anak anjing dan anak kucing. Ianya juga merupakan antioksidan yang kuat untu kesihatan dan kecergasan.
* Cinnamon melancarkan peredaran darah yang mampu meningkatkan perasaan kehangatan dan keselamatan yang ada pada anak anjing dan anak kucing.

Hai acik...mami nak mandikan kite guna Shampoo Simbae ni..

Aktiviti hujung minggu Achik sudah tentu bersihkan rumah kucing dan mandikan kucing ikut giliran mana yang sempat..hahaha..maklum lah Achik ada 22 kucing kan...

Cara-cara gunakan Puppy & Kitten Shampoo:

Basahkan bulu kucing bermula air suam. Biasanya Achik akan basahkan bulu kucing bermula dari bahagian ekor, punggung dan baru naik ke badan kucing. Kenapa? supaya kucing tidak terkejut apabila kena air...


Picit keluar shampoo dari botol. Berapa banyak shampoo yang hendak digunakan tertakluk kepada saiz kucing korang. Gosokkan shampoo tadi pada bulu kucing yang telah dibasahkan dengan cara mengurut bulu kucing dari kepala hingga ke ekor..Pastikan diratakan keseluruh bahagian bulu kucing supaya bulu lembut apabila kering nanti.

Selepas berpuas hati, bolehlah bilas bulu kucing tadi dengan air suam. Balut kucing dengan tuala yang serap air untuk kurangkan rasa sejuk pada kucing..Keringkan bulu kucing guna hair dryer, blower atau pun ditempat yang ada sedikit cahaya matahari...Sebab tulah Achik lebih suka bela kucing kampung...penjagaan mereka mudah...lepas mandi nak keringkan pun mudah...hehehe..


Selesai bersihkan bulu kucing tadi, korang boleh lah sembur Puppy & Kittten Conditioner ni pada bulu kucing. Untuk conditioner pula, Achik menggunakan wangian Spring Garden. Walau baunya berbeza tetapi tetap menggunakan bahan-bahan yang sama iaitu Lavender, Cinnamon, Chamomile dan Ginger.

 
Seperti biasa, ada logo Halal di belakang botol..jadi boleh gunakan tanpa was-was !

Cara penggunaannya:

Sembur sahaja pada bulu kucing sama ada bulu yang masih basah atau pun yang telah kering. Pastikan jangan sembur di bahagian muka kucing tau. Kang masuk dalam mata, tak pasal-pasal pedih mata kucing tu. Sembur sedikit demi sedikit sambil menggosok bulu kucing dengan lembut menggunakan berus yang sesuai. Mendandan kucing dengan perlahan-lahan dan cermat akan memberikan kesan yang lebih menarik pada bulu kucing. Bulu kucing korang akan kelihatan lebih halus dan berkilau...

Bulu kucing yang telah dikeringkan...

Hai acik-acik..!!!! Kite dah mandiii...dah wangiiii...

Siap dah mandikan si comel sekor ni...sayang mami dah wangi...cium sikitttt...muaahhh...

Buat korang yang memelihara anjing mahupun kucing, bolehlah gunakan Shampoo dan Conditioner keluaran Simbae ini. Yang penting produk keluaran Simbae ini telah dirumuskan dengan teliti dan selamat digunakan buat manusia dan haiwan kesayangan korang.

Untuk info lanjut berkaitan Simbae, bolehlah layari www.simbae.com follow IG Simbae Pet Care / Like FB Simbae


~ Achik ~

2 comments:

  1. alaa kita takder kucing.. baru ada 2 ekor binatang.. ikan laga & kura2.. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...yang tu xpayah mandi..memang duduk dlm air..hihihi

      Delete