Tuesday, June 14, 2016

OH !! Meriahnya Raya Bersama JAKEL Sepanjang Ramadhan Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bahang sambutan Hari Raya Aidilfitri makin terasa. Begitu juga dengan suasana persiapan Hari Raya yang kini sedang berlangsung di Jakel Mall dan semua cawangan Jakel di seluruh Malaysia. Pada 11 Jun 2016 yang lalu, Jakel sekali lagi meneruskan kempen Oh! Meriahnya Raya buat kali yang kedua bagi tahun 2016. Sesi kali kedua ini yang telah pun berlangsung di Jakel Shah Alam dengan jayanya turut menampilkan selebriti duta raya Jakel seperti Datuk AC Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan karektor kartun Upin Ipin.


Seawal pagi lagi para pengunjung telah pun beratur di hadapan pintu masuk Jakel Shah Alam bagi tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Baju Melayu percuma.! Sebanyak 300 pasang baju melayu disediakan buat 300 pengunjung terawal yang tiba di Jakel Shah Alam pada hari tersebut tanpa perlu membuat sebarang pembelian di gedung Jakel. Manakala sebanyak 200 baju Melayu percuma disediakan buat pengunjung bertuah yang membuat pembelian baju raya di Jakel Shah Alam..Ini bermakna, tahun ini Jakel Shah Alam menawarkan 500 baju Melayu percuma buat pelanggannya...Wahhh meriah sangat raya tahun ini..!!!


Kempen Oh! Meriahnya Raya di Jakel Shah Alam telah diketuai oleh Encik Mohamed Izani Mohamed Jakel selaku Pengarah Urusan JAKEL Trading Shah Alam. Manakala penampilan selebriti sebagai duta Jakel adalah platform untuk mempromosikan koleksi pakaian siap raya yang melibatkan para selebriti untuk membuat jualan lelongan pada sesi “happy hour”. Melalui kempen Oh! Meriahnya Raya ini, pihak JAKEL menjangkakan koleksi pakaian raya ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelangan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini dan terbaru dikeluarkan oleh JAKEL. Melalui sesi temubual yang diadakan, Encik Izani telah memaklumkan bahawa pihak JAKEL telah menambah sebanyak 200 warna baru ke atas koleksi pakaian raya JAKEL 2016..Bestnya...sudah tentu banyak pilihan warna baju melayu yang ada di JAKEL.


Untuk tahun 2016, JAKEL mempromosikan koleksi baju raya 2016 dengan kategori yang berbeza-beza iaitu Baju Melayu Moden, Koleksi Jubah Tarawih, Baju Kurung & Pakaian Kanak-Kanak dan Koleksi Schawalara X Jakel. Jadi, apa beza dan istimewanya koleksi baju raya di JAKEL tahun 2016 ini? Dah tentu ramai akan bertanya, apa bezanya baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, DAC serta Awal Ashaari ini kan..Jom baca di bawah untuk ketahui lebih lanjut lagi...

Untuk makluman korang, Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Tahun ini merupakan tahun ke-4 Aaron Aziz sebagai duta JAKEL. Untuk tahun ini, JAKEL menampilkan keistimewaan ke atas koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dengan fabrik yang berbeza. Antara warna yang bakal menjadi rebutan termasuklah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili. Aaron Aziz turut bersetuju dengan kualiti baju Melayu di JAKEL. Selama 4 tahun, baju melayu Aaron Aziz dari JAKEL masih ok, dan tidak lusuh.

Sesi Lelongan Baju di bawah label Aaron Aziz

Kalau tengok baju melayu yang dipakai oleh Nabil Ahmad ni memang nampak kemas dan segak kan. Ianya direka berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju Melayu koleksi Nabil Ahmad ditawarkan pada harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan fabrik yang digunakan. Ini kerana JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin memastikan baju melayu koleksi Nabil Ahmad ini antara koleksi mampu milik. Achik memang jatuh cinta dengan baju melayu warna ‘royal blue’ yang dipakai oleh Nabil Ahmad. Segak sangat !

Sesi lelongan baju di bawah label Nabil Ahmad & Aaron Aziz

Cantikkan warna royal blue baju Nabil ni. Datuk AC Mizal pun tak kurang segaknya menggayakan baju Melayu di bawah label DAC

Pengunjung tak lepaskan peluang untuk grab Baju Melayu DAC pada harga runtuh

Sesi Lelongan oleh Datuk AC Mizal

Selain itu, korang juga boleh dapatkan koleksi baju melayu Jep Sepahtu dan Datuk Ac Mizal (DAC) di Jakel Mall dan semua cawangan JAKEL di Malaysia. Pendek kata, baju melayu koleksi selebriti ini memang segak digayakan oleh kaum adam diluar sana. Lensa kamera Achik memang suka sangat ‘capture’ gambar Aaron, Nabil, DAC dan Awal yang berbaju melayu pada hari tersebut. Bukan sebab selebritinya tampan-tampan, tapi sebab warna dan kekemasan baju melayu yang dipakai oleh mereka.

One word to describe..SEGAK !

Jadi, dapatkan baju Melayu di JAKEL untuk raya tahun ini dengan harga serendah RM89.00 serta dapatkan samping dan butang baju melayu secara PERCUMA dengan setiap pembelian baju melayu.

Selain baju Melayu raya, JAKEL turut menampilkan koleksi jubah tarawih di bawah label Jep Sepahtu. Ianya merupakan keluaran terbaru dan terkini mengikut trend semasa. Koleksi Jubah Tarawih Jep Sepahtu ini menggunakan fabrik cotton yang bercorak serta mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkap dengan poket. Turut dijual di JAKEL adalah koleksi jubah di bawah label Aaron Aziz dan Nabil Ahmad. Setiap koleksi jubah yang dihasilkan mempunyai lebih 100 warna bagi setiap rekaan. Meriahkan !

Credit pic to Jakel

Lebih istimewa tahun ini, JAKEL menampilkan koleksi terbaru baju raya di bawah label Schawalara X Jakel yang menampilkan Baju Kurung dan Jubah Dress di bawah jenama Scha Al-Yahya, Baju Melayu di bawah label AA - Awal Ashaari dan baju kurung kanak-kanak perempuan Lara Alana X Jakel.

Untuk koleksi baju kurung dan jubah dress Scha Al-Yahya, fabrik yang berkualiti dari jenis fabrik sulam kapas, chiffon, lace dan sebagainya digunakan untuk menghasilkan koleksi ini. Baju-baju ini ditawarkan pada harga yang berbeza-beza bergantung kepada rekaan dan kualiti fabrik. Ianya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace, dan potongan yang menarik. Didatangkan dengan saiz dari S hinggal XL, jadi kaum wanita diluar sana boleh dapatkan koleksi baju raya Scha Al-Yahya dengan segera dari JAKEL memandangkan kuantitinya amat terhad!

Cantik baju Scha ni...dipadankan pula dengan baju Melayu AA-Awal Ashaari...Sedondon di pagi raya

Selain baju kurung, jubah dress Scha Al-Yahya pun sesuai digayakan ke solat tarawih serta hari raya.

Koleksi jubah Scha Al-Yahya. Credit pic to Jakel

Terdapat sedikit kelainan Baju Melayu di bawah label AA - Awal Ashaari berbanding baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Datuk AC Mizal. Baju Melayu Awal Ashaari ini mempunyai potongan ‘shirt’ tanpa pesak seperti kebiasaan baju Melayu. Harga yang ditawarkan adalah RM199 sepasang dan PERCUMA samping serta butang baju melayu.

Sesi lelongan baju Melayu di bawah label AA - Awal Ashaari

JAKEL turut mengeluarkan jubah dengan kerjasama Awal Ashaari. Rekaan jubah ini disertakan dengan poket di bahagian hadapan dan juga di sisi bahagian kiri. Tampak lebih bergaya apabila jubah ini digayakan dengan ‘poket square’ dwi bentuk untuk si pemakai tampil dengan dua style yang berbeza. Istimewanya koleksi baju melayu dan jubah Awal Ashaari ini ada Logo AA di bahagian sisi ‘hidden pocket’...nampak stylo..heheheh

Antara Koleksi Jubah AA-Awal Ashaari

Bagi melengkapkan koleksi baju hari raya untuk seisi keluarga, JAKEL turut menampilkan Lara Alana sebagai wajah baru bagi mempromosikan produk baju kurung kanak-kanak perempuan Lara Alana X JAKEL. Ada lebih 10 koleksi baju kurung Lara Alana. Yang bestnya, fabrik yang digunakan lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak.

Oh ye....tidak lupa juga koleksi baju raya di bawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita. Kaum hawa tampak lebih elegan dan segar dengan design terbaru. Sayangnya Ayda Jebat tak dapat hadir semasa sesi kempen di JAKEL Shah Alam..Tapi takpelah kan...korang tetap boleh dapatkan koleksi Ayda Jebat di cawangan JAKEL yang berhampiran.

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Upin. Bezanya tahun ini ianya telah diolah kepada rekaan baju melayu bercorak agar kanak-kanak tampil ceria di pagi hari raya. Ianya dijual dengan harga serendah RM59.00 dan PERCUMA samping serta butang baju melayu.

Comelkan baju Melayu Upin Ipin ni. Siap ada logo Upin Ipin pada poket baju Melayu.Credit pic to Jakel

Jangan ketinggalan untuk nikmati promosi yang menarik di JAKEL sepanjang kempen Oh! Meriahnya Raya. Jangan lupa juga, JAKEL akan meneruskan sesi kempen Oh! Meriahnya Raya di lokasi dan tarikh berikut:

JAKEL Johor Bahru =  18 Jun 2016
JAKEL Sabah = 25 Jun 2016
JAKEL Sg. Petani = 01 Julai 2016
JAKEL Alor Setar = 02 Julai 2016

Pastikan korang serbu cawangan JAKEL pada tarikh yang dinyatakan di atas. Pastikan korang datang dan beratur pada awal pagi untuk dapatkan baju Melayu percuma. Tak lupa juga, sesi lelongan baju Melayu dan Baju Kurung di bawah label selebriti akan diteruskan pada tarikh tersebut.


Maklumat lanjut layari www.jakel.my  dan jangan lupa kasi trending #OhMeriahnyaRaya

“Ingat Kain, Ingat Jakel”


~ Achik ~

4 comments:

  1. Cantiknyaaa baju jubah scha tu.. okay rugi tak mai jakel ritu.. huaaaarrrgghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangattt...hari tu nk shopping tak sempat sbb ada food review..memang plan nk terjah jakel cari baju raya tahun ni.

      Delete
  2. bestnya.. ramai tgk blogger update pasal JAKEL ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger antara yg hadir masa kempen Oh! Meriahnya Raya di JAKEL..berpeluang tengok suasana lelong & koleksi bj raya label selebriti dgn lbih dekat..

      Delete