Wednesday, May 18, 2016

Masakan Warisan Bonda di Buffet Ramadhan 2016 The Club Bukit Utama

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Masih tercari-cari lagi Buffet Ramadhan yang bersesuaian dengan bajet korang? Hehehe....Baru-baru ini Achik berpeluang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Buffet Ramadhan di The Club Bukit Utama, Petaling Jaya. Menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, The Club @ Bukit Utama dengan kerjasama Hot Catering akan menyediakan lebih daripada 60 hidangan terbaik dan menarik khas buat tetamu mereka yang ingin berbuka puasa di sini.

Majlis Perasmian dan Pelancaran The Malay Wedding Exclusive dan Buffet Ramadhan di The Club Bukit Utama telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin. (kanan sekali) YAM Raja Shuaibah Ibni Almarhum Sultan Idris, (tiga dari kanan) Pengarah The Club @ Bukit Utama - YBhg. Tan Sri Dato' Teo Chiang Kok, (kiri sekali) Chef Warisan Negara - Chef Yang Jamil, (tiga dari kiri) Pengurus Pemasaran Hot Catering - Encik Khairul Haizal Bin Mansor

Untuk makluman korang, juadah berbuka puasa yang ditawarkan di Buffet Ramadhan The Club @ Bukit Utama mengetengahkan Masakan Warisan Bonda yang disediakan sendiri oleh Chef Warisan Negara, Chef Yang Jamil. Dalam majlis yang sama, Chef Yang Jamil juga telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Chef Hot Catering.

Chef Yang Jamil menandatangani Memorandum Persefahaman sebagai Duta Hot Catering

Pengarah The Club @ Bukit Utama, YBhg. Tan Sri Dato' Teo Chiang Kok dan Pengurus Pemasaran Hot Catering, Encik Khairul Haizal bin Mansor menandatangani Memorandum Persefahaman dengan disaksikan oleh YB. Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Kalau dah namanya Chef Warisan Negara, sememangnya hidangan yang disediakan lebih kepada Masakan Warisan Bonda. Menurut Chef Yang Jamil, beliau memang tak nak ketengahkan masakan western dalam menu Buffet Ramadhan di The Club @ Bukit Utama. Jadi kalau berbukan di sini, korang jangan la tercari-cari masakan western ye.

Jom tengok berapa harga yang ditawarkan untuk Buffet Ramadhan di sini:

*Harga Promosi : Tempahan dalam tempoh 16 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016

> Harga RM55.00 dewasa dan RM30.00 kanak-kanak
> Tempah untuk 9 orang pada harga RM55.00 seorang, percuma untuk 1 orang

Bermula 01 Jun 2016, harga Buffet Ramadhan akan kembali kepada harga asal, iaitu:

> RM69.00 dewasa dan RM39.00 kanak-kanak
> Diskaun 20% bagi pengguna One Card


*Promosi istimewa untuk syarikat korporat

> RM2,500.00 dikenakan untuk tajaan 50 anak-anak yatim termasuk pengangkutan. Murah dan menarik !!!


Ok...jom tengok antara menu yang ada di Buffet Ramadhan The Club @ Bukit Utama ni:






Antara menu kerabu yang ada....rasa pun sedap !

Kerabu sotong dan kerabu kerang

Nasi Ayam

Antara pencuci mulut yang dihidangkan
Laksa pun ada ye.

Selain daripada makanan yang achik mentioned kat atas, ada yang istimewa juga. Kerepek pisang yang digoreng di Buffet Ramadhan tersebut. Fresh dan masih panas.

Kerepek pisang FAMA

dah tentu lah menu yang wajib ada di semua Buffet Ramadhan adalah kambing panggang...hehehe

Selain daripada promosi Buffet Ramadhan, pelancaran 'The Malay Wedding Exclusive' turut diadakan pada hari tersebut. Lagi menarik apabila Hot Catering dengan berbesar hati ingin menaja 20 pasangan mempelai bertuah menerusi pakej 'The Malay Wedding Exclusive' tersebut. Penyertaan ini hanya terbuka kepada mana-mana pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga buat kali pertama sahaja...hehehe...Penyertaan pakej ini sudah pun dibuka dan akan berakhir pada 01 Julai 2016. Layari www.hotcatering2u.com untuk maklumat lanjut.

Pelamin buat mempelai yang bertuah ditaja oleh Hafa event & catering

Sempat duduk di atas pelamin tersebut...hehehe
Antara artis yang turut hadir memeriahkan Majlis Perasmian dan Pelancaran 'The Malay Wedding Exclusive' dan Buffet Ramadhan di The Club @ Bukti Utama

Untuk makluman korang juga, selain daripada buffet ramadhan dan pakej perkahwinan, The Club @ Bukit Utama turut menerima tempahan pakej mesyuarat, seminar, sidang akhbar, majlis korporat dan majlis peribadi.

Untuk sebarang pertanyaan / membuat tempahan boleh hubungi nombor berikut:

Chef Yang Jamil (0111-859 2726)
Khairul (013-366 0396)
Eddy (013-356 2008)
Azhani (017-298 2503)
Dhirar (013-639 1071)
Ain (017-379 0654)

Follow juga instagram rasmi Hot Catering di www.instagram.com/hotcatering


Tahniah buat The Club @ Bukit Utama dan Hot Catering atas termeterainya memorandum persefahaman.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment