Saturday, April 02, 2016

Paramount Coffee House, Bangi Sentral Yang Mengecewakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nak dijadikan cerita semalam terjadilah pertemuan yang tak dirancang..Achik dapat jumpa kakak-kakak & member 1 batch masa Achik berkhidmat di LHDN Penang...walau hanya 6 bulan je Achik berkhidmat di LHDN Penang, tapi ukhuwah yang terjalin antara kami dah macam berkhidmat 6 tahun...hehe..

Malam tu kitorang berlima decide nak pergi cuci mata kt Bangi Sentral..tapi sampai je tengok mostly kedai baju, tudung dan yang seangkatan dengannya dah tutup..awal betul..patut malam minggu tutup la pukul 10pm @ 11pm..


So, tak tahu nak lepak sembang kat mana, kami pun pilihlah nak lepak kat Paramount Coffee House..sebelum ni, dah banyak kali Achik ke Bangi Sentral, lalu je sebelah kedai ni..tapi ntah macam mana malam tadi boleh berminat nak try makanan kt sini sebab nampak gambar churros..

Ais Mocha untuk Achik..harga segelas ni RM8.50..

Ice Chocolate utk Kak Ct K..harga RM8.50..katanya tak sedap..Achik tak sempat nak rasa sebab lidah dah rasa Mocha dulu..

Spageti carbonara order oleh Masitah..terlalu simple..carbonaranya cair...then hanya ada daging garing macam serunding..apa salahnya kalo letak mushroom ke kan..baru nampak menarik..harga? If not mistaken, harga RM11..

Orite..tadi Achik bagitahu kitorang lepak kt kedai ni sebab nampak gambar churros...taraaaa...

Apa 1st impression korang bila tengok churros ni dah sampai kt meja anda?

Ermmm...bestnya...

Achik yang merasmikan dulu...elok je gigit, mak aiii...kerasnya !!!! Terasa mencucuk2 dinding mulut Achik bila mengunyah churros ni..nak telan pun sakit tekak dibuatnya..kitorang memang kecewala..mana taknya, order sampai 2 pinggan..

Churros with nutella & peanut butter RM10.

Churros with nutella RM9..

Disebabkan Achik dalam tempoh berpantang dari makanan seafood, Achik pun order la waffle with choc banana...harga? RM14.90..

sedap ke? Ermmm...mendukacitakan juga..

Yup..Achik tahu memang waffle ni dimasak jadi crispy..cumanya tepung yang digunakan menyebabkn waffle ni jadi keras bila dimasak garing..tambah plak tebal lapisannya..

Aiskrim  tu ok la satu scoop..tapi pisang tu? Terlalu nipis dipotong dan pisangnya agak muda..terasa kelat..


Sebab dah order kan..kitorang takde pilihan..potong waffle tu ambil sorang sikit makan...nak rasa sedap sikit, ambil lebihan nutella churros tadi, sapu pada waffle..

Oh ye..churros tadi kitorang tak habis makan pun..bila dh sejuk, lagi jadi keras..tak mampu nak kunyah & telan..huhuhu..


Pendek kata, kami kecewa dengan kualiti makanan yang kami order..servis pun agak perlahan..perlu tunggu lama untuk minuman & makanan yang di order sampai...

Jadi, pada owner Paramount Coffee House..sekiranya terbaca post ni, mohon ambil positif untuk improve lagi servis & kualiti makanan yang ditawarkan..

Selamat maju jaya..


Nota: review ini adalah berdasarkan makanan yang kami pesan..Achik belum berkesempatan untuk rasa noodle & nasi kat sini..mungkin ada yang memenuhi citarasa pelanggan yang berkunjung ke Paramount Coffee House, Bangi Sentral.

~Achik~

2 comments:

  1. macam tula gamaknya..tapi tengok review kt fb paramount ni ada yg suka noodle nya...haritu anak lipas siap naik atas meja lagi

    ReplyDelete