Sunday, March 06, 2016

Supercat Lovers Series 2016 - Charity Run With Celebrity Cat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Yeehaa….Charity Run with Celebrity Cat…Comel kan tajuk larian ni. Sangat comel..!!! Terbayang Achik tengah berlari sambil peluk Baby Zorro, kucing kesayangan Achik..hihihi..


Ye..Tak tipu…memang itulah nama lariannya. Supercat Lovers Series 2016 - Charity Run with Celebrity Cat ini dianjurkan oleh Admin Abam & Friends dengan kerjasama Supercat. Larian ini bertujuan untuk sama-sama membantu mengumpul Dana Hijrah Abam & Acat dari Lubnan ke Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, dana bagi perpindahan Abam dan Acat dari Lubnan ke Malaysia ini telah mula dikumpul melalui jualan produk Supercat, iaitu sebanyak 10% daripada hasil jualan Supercat telah diasingkan bagi membantu Abam dan Acat pindah ke Malaysia. Walau bagaimanapun, dana tersebut masih belum cukup untuk menampung kos perpindahan Abam dan Acat dari Lubnan ke Malaysia.



produk Supercat yang menjadi pilihan pemilik kucing

Antara syarat ditetapkan untuk bawa Abam & Acat ke Malaysia

Bagi mempergiatkan lagi proses pengumpulan dana perpindahan Abam dan Acat ke Malaysia, satu larian amal yang diberi nama Run with Celebrity Cat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Mei 2016, Sabtu
Tempat : Taman Tasik Seksyen 2, Shah Alam
Virtual Run : 4km Fun Run With Celebrity Cat

So, macam mana cara untuk korang turut serta dalam larian amal ini..??

Daftar di:


Pilihan tiket untuk dibeli oleh anda:

Tiket A = RM50
(Medal + Shirt + Key Chain + Cert)

Tiket B = RM30
(Medal + Cert)

Virtual Run = RM60
(Medal + Shirt + Key Chain + Cert + Postage)


Medal yang menarik Design oleh Elitkraf


Larian amal ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Celebrity Cat yang cukup terkenal di sosial media, surat khabar dan juga program-program bual bicara di TV. Nak tahu siapa? Ini lah dia…Hamdan Karipuley, Yoda, Fluffy dannn…..CEO Jep yang whatever..







Selain Virtual Run, pelbagai lagi aktiviti lain yang akan diadakan pada hari tersebut. Antaranya termasuklah:

Best Face Paint

Active Cat Contest
(percuma 1 penyertaan dengan setiap pembelian 1 produk Supercat)

Lucky Draw

Coloring for kids (free entry)

Photo With Celebrity Cats (early bird registration)

Pet Adoption

Jom ramai-ramai bawa family meriahkan larian amal dengan Celebrity Cat untuk membantu mengumpul dana perpindaan Abam dan Acat dari Lubnan ke Malaysia.


Untuk Info Lanjut boleh layari

Follow Instagram : supercat.my
Like FB : Abam & Friends

Jangan lupa #SLS2016

         ~ Achik ~

No comments:

Post a Comment