Thursday, March 10, 2016

SkyStage & SkyKids Warrior memeriahkan lagi aktiviti pelancongan di Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 06 Mac 2016 yang lepas, telah diadakan majlis pelancaran tarikan terbaru di Putrajaya iaitu SkyStage dan SkyKids Warrior bertempat di Skyrides Festival Park, Presint 2, Putrajaya.


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya dan merangkap Pengerusi Marina Putrajaya Sdn. Bhd.


Untuk makluman semua, SkyStage yang baru dilancarkan ini menyediakan hiburan kepada orang ramai dan para pelancong dengan menyajikan persembahan percuma di pentas SkyStage pada setiap hari Sabtu bermula pada bulan Mac 2016. Para pengunjung berpeluang untuk bersantai sambil menonton persembahan di SkyStage.

persembahan live band oleh Combination Band

SkyStage merupakan acara persembahan pentas yang mengetengahkan persembahan muzik dan tarian yang boleh menampung sehingga 1,000 orang (berdiri) pada sesuatu masa. SkyStage turut dilengkapi dengan skrin LED bersaiz 10’ x 5’ yang berfungsi untuk meningkatkan kualiti mutu persembahan dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk mempromosi acara dan tayangan video/filem. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan di SkyStage ini dan dengan demikian, ia dijangka akan menjadi tempat tumpuan bagi seisi keluarga untuk berlibur pada hujung minggu. 

Pada hari tersebut, YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail turut berbesar hati melancarkan tarikan terbaru di Skyrides iaitu SkyKids WarriorSkyKids Warrior ini diilhamkan daripada SkyWarrior Rainforest versi dewasa tetapi versi kali ini adalah khusus untuk kanak-kanak berusia 4 – 10 tahun.

"SkyKids Warrior is the most exciting outdoor challenge designed to keep today's smart, young generation entertained for hours." 


Wafiq di SkyKids Warrior

Bertemakan Legendary Castles, SkyKids Warrior merupakan kemudahan yang disediakan di kawasan zon kanak-kanak di Skyrides yang merangkumi 15 jenis cabaran halangan yang berbeza-beza. Halangan tersebut direka khas untuk menggalakkan pemikiran pintar dan motor-skills development di kalangan kanak-kanak. Skill yang digunakan oleh kanak-kanak dalam menempuh halangan tersebut dapat membantu mereka berfikir dengan kreatif, membina kekuatan serta memupuk ketabahan.

15 halangan di SkyKids Warrior

Ketika melancarkan SkyStage dan SkyKids Warrior, YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya dan merangkap Pengerusi Marina Putrajaya Sdn. Bhd. berkata “penambahan dua tarikan baharu di Skyrides ini menjadi simbolik kepada kemajuan taman tema ini yang telah sedia ada mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu SkyrideBalloon, SkyWarrior, SkyTaste, SkyGallery, SkyDemo, Skykids dan SkyCruise. Semenjak taman ini dibuka dan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz pada 29th April 2015 yang lalu, ia telah berkembang dengan pantas dan telah menjadi tarikan yang paling ikonik kepada Pusat Pentadbiran Perksekutan Putrajaya kerana lokasinya yang strategik dan menjadi tumpuan pengunjung yang datang dari seluruh negara dan pelancong asing”. 

“Disebabkan oleh pelbagai tarikan menarik yang ditawarkan, Skyrides telah menjadi bualan ramai dan memberikan keseronokan kepada pengunjung dan pelancong asing yang datang ke Putrajaya. Sejak dibuka kepada umum pada tahun lepas, Skyrides telah dikunjungi oleh lebih daripada 300,000 orang pengunjung. Sudah pasti, taman ini merupakan tempat yang wajib dikunjungi jika berada di Putrajaya”, tambah beliau lagi.

Kebetulan pada hari tu Wafiq (anak buah Achik) ikut Achik ke majlis pelancaran tersebut. Wafiq telah diberi peluang untuk mencuba sendiri 15 halangan yang disediakan di SkyKids Warrior..hehehe...jangan ingat Wafiq yang berisi badannya tidak mampu untuk menempuh kesemua halangan. Yang paling penting kena ada keazaman, kesungguhan serta keberanian.!

Jom kita tengok gambar Wafiq mencuba cabaran di SkyKids Warrior.









Yeaahhaaaaa...Wafiq telah berjaya menamatkan kesemua cabaran SkyKids Warrior..!!!!

Kalo korang berminat nak bawa anak-anak ke sini, jangan lupa cabar keberanian anak anda di SkyKids Warrior. 

Harga tiket : RM38.00 bagi sekali masuk


Di SkyKids Warrior juga turut disediakan ruang permainan berhawa dingin. Ruang permainan ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi seorang kanak-kanak dan boleh main selama 3 jam. Ibu bapa juga dibenarkan untuk turut berada dalam ruang ini dan tiada bayaran dikenakan kepada ibu bapa. So, ibu bapa bolehlah bersantai sambil memerhatikan anak-anak mereka bermain.


Macam-macam lagi tarikan yang ada di SkyRides Festivals Park. Dah tentu antara yang menarik perhatian adalah Skyrides Balloon. Jadi, bersempena dengan acara Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya pada 11 hingga 13 March 2016 ini, Skyrides turut menawarkan harga promosi untuk orang ramai menikmati keindahan pemandangan Putrajaya dari ketinggian 120 meter melalui Skyrides Balloon dan menyelusuri Tasik Putrajaya melalui Cruise Tasik Putrajaya. Lokasi Skyrides yang strategik iaitu bersebelahan dengan Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke taman tema ini. 




Sementara menunggu belon udara panas yang hanya terbang pada awal pagi dan lewat petang, orang ramai boleh menaiki belon helium ini yang beroperasi setiap hari bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 malam sepanjang berlangsungnya Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya. 

Nampakkan...banyak sangat aktiviti riadah yang boleh dibuat bersama keluarga di Skyrides Festivals Park termasuk yang terbaru adalah SkyStage dan SkyKids Warrior.

Waktu operasi biasa Skyrides Festivals Park:
Masa : 10.00 am hingga 10.00 pm (Ahad hingga Khamis)
10.00 am hingga 12 tengah malam (Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ronald Sha di talian 016-272 2677 atau email kepada ronshacks@gmail.com dan Mohd. Saiful Azam Badri di talian 019-222 9128 atau email kepada saifulazam@marinaputrajaya.com.

FB: Skyrides Festivals Park, Putrajaya
IG: skyridesfestivals
Twitter: @skyridesfestiv

Cuti sekolah bakal tiba. Apa kata jom bawa anak-anak dan keluarga beriadah di Skyrides Festivals Park, Presint 2 Putrajaya.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment