Thursday, March 03, 2016

Promosi Bulan Mac 2016 di Hotel Bangi-Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wah...Setiap bulan ada sahaja promosi yang dibuat oleh Hotel Bangi-Putrajaya. Untuk bulan Mac 2016 ini, Hotel Bangi-Putrajaya ada buat promosi lagi restoran dan cafe yang ada di hotel tersebut.

Antara promosi yang ditawarkan adalah Spiced Dim Sum. Promosi dim sum ini telah pun bermula sejak Januari 2016 lagi. Jadi, bagi yang masih belum mencuba, apa salahnya kalau korang ambil peluang dalam bulan Mac ini untuk cuba Dim Sum yang ditawarkan di Restoran HarmoniHotel Bangi-Putrajaya.

Harga ?

RM10.00 net (per portion)


Buat penggemar Meatball pula, Cafe Lavista di Hotel Bangi-Putrajaya menawarkan Dutch Meatballs "Bitterballen" dengan harga RM30.00 nett (1 dozen) dan RM17.00 nett (1/2 dozen).

"Home-made deep-fried and crispy breaded beef rounds with a tender, savory filling served with mayonnaise or ketchup"

Dutch Meatballs "Bitterballen" merupakan snek yang terbaik untuk dinikmati pada bila-bila masa.


Buat penggemar udang tempura, bolehlah cuba merasai kelazatan tempura di Kazumi Japanese Cuisine, Hotel Bangi-Putrajaya. Matsunomi Ebi Tempura dihidangkan dengan 5 ekor udang beserta 3 jenis sayur-sayuran. 

Harga yang ditawarkan adalah RM60.00 nett (per portion).



Selain itu, buat penggemar manisan, bolehlah dapatkan kek yang disediakan oleh Lavista Express. Untuk  bulan Januari - Mac 2016, cake of the month yang ditawarkan adalah Mocha Chocolate Cream Cake dengan harga RM75.00 nett (1kg). Tak mahal kan...hehehe..

Untuk yang nak sambut birthday atau ada special occasion, dicadangkan untuk mencuba kek yang dijual di Lavista Express ini.



Promosi makanan dah banyak dinyatakan di atas. Mesti tekak pun keringkan selepas makan. Hotel Bangi-Putrajaya pun ada promosi Cocktail di Tee Off Lounge. Promosi ini  melibatkan minuman cocktail Italian Margarita dan Mixed Fruits Punch iaitu masing-masing dengan harga RM22.10 nett/glass dan RM19.80 nett/glass.




Menarik kan...sekiranya korang tidak bercadang untuk menginap di hotel ini, korang pun boleh pilih mana-mana cafe yang dinyatakan di atas untuk business discussion ke, chit chat dengan kawan-kawan ke atau pun minum petang di sini.

Apa yang menarik lagi, Hotel Bangi-Putrajaya mempunyai certified Halal by JAKIM untuk kitchen dan outlets berikut:

Main Kitchen
Malay Kitchen
Cold Kitchen
Pastry Kitchen
Butchery Kitchen
Harmoni Kitchen

Bolehlah makan tanpa was-was. Untuk yang ingin berkunjung ke Hotel Bangi-Putrajaya, berikut adalah alamat dan no. telefon yang boleh dihubungi:

Bangi Hotel Sdn Bhd
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel: +603 8210 2222
Fax: +603 8210 2888

Email: fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com


~ Achik ~



No comments:

Post a Comment