Tuesday, March 29, 2016

Menara Kuala Lumpur Raikan Para Media


Assalamualaikum & salam sejahtera..

Menara Kuala Lumpur dengan berbesar hati telah meraikan para media yang selama ini banyak membantu dalam menaikkan lagi nama Menara Kuala Lumpur. An Evening With Menara Kuala Lumpur Media Nite 2016 bertemakan Glamorous Sparkling telah pun diadakan dengan jayanya pada 25 Mac 2016 bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.


Ketibaan kami di kaunter pendaftaran tetamu disambut oleh Kak Elliey yang sangat vogue menepati tema Sparkling Glamorous.

Achik bersama Kak Elliey dan kolin

 Setibanya kami di level Megaview, sudah tersergam kaunter photobooth untuk diserang oleh para tetamu. Sudah menjadi kewajipan di setiap event mesti ada photobooth untuk para tetamu merakamkan gambar mereka untuk dijadikan kenang-kenangan.



Sebaik sahaja kaki Achik melangkah masuk ke Megaview Banquet Hall, terpesona Achik dengan hiasan di pentas utama dengan lampu-lampu yang menarik dan cantik. Bersesuaian dengan tema sparkling.

Susun atur dalam Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur

KL Tower Media Nite 2016 pada malam tersebut dimulakan dengan celoteh daripada Kakak vintage yang tidak asing lagi...terkenal dengan istilah "gali, gali, gali" semasa menjadi juri tetap di Program Realiti Akademi Fantasia, tak lain tak bukan dialah Kak Ogy...heheheheh..


Pencaturan KL Tower dalam memanggil Kak Ogy untuk jadi emcee pada malam tersebut memang berjaya. Kami semua para tetamu dan media sememangnya terhibur dan gembira dengan telatah, celoteh, laser dan apa sahaja yang diucapkan oleh Kak Ogy.

Sementara Artis tengah buat persembahan, Achik curi-curi bergambar dengan Kak Ogy

Malam gilang gemilang tersebut turut diserikan dengan persembahan artis antaranya Hazami, Ir Radzi, Sufi AF, Rachel AF, Azmir Ariff, Azmarul Azuan dan Zaidi Anwari.

Persembahan yang semestinya ditunggu-tunggu adalah daripada Hazami yang dah lama tak muncul membuat persembahan akibat kesihatan yang tak mengizinkan. Happy sangat bila para tetamu yang hadir semuanya menunjukkan rasa gembira mereka diperdengarkan nyanyian daripada Hazami secara live.

Persembahan Hazami yang dinanti-nanti oleh para tetamu

Depan: Azmarul Azuan ; Kiri: IR Radzi ; Kanan: Zaidi Anwari

Kaka dengan lagunya 'Bukan Hal Aku' yang turut dibahankan oleh Kak Ogy..hehehe..

Sufi AF dengan single hit nya

Rachel AF yang fasih menyanyikan lagu berbahasa melayu

Kak Ogy bersama Azmir Ariff

Selain daripada persembahan nyanyian oleh artis undangan, KL Tower turut menyampaikan sijil penghargaan buat para media yang dirai sebagai tanda terima kasih kerana sokongan yang diberikan kepada KL Tower sejak ianya mula beroperasi. Antaranya daripada Bernama, Karangkraf, Media Hiburan dan ramai lagi.

Datuk Zakaria Abd Wahab, Editor-in-Chief Bernama

Wakil media dari Karangkraf

Meen dari Media hiburan

Oh ye...malam tu juga turut diadakan cabutan bertuah. Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah disediakan oleh KL Tower yang melibatkan tajaan daripada pelbagai syarikat. 10 hadiah utama sememangnya sangat menarik...Iaitu terdiri daripada pakej penginapan, pakej percutian dan dah tentu grand prize adalah TV...

Yes...inilah dia pemenang bertuah hadiah utama cabutan bertuah pada malam tu.

Para sponsor untuk KL Tower Media Nite 2016

Lain-lain aktiviti yang disediakan oleh KL Tower pada Media Nite 2016 adalah photo contest dengan #KLTowerMediaNite2016 #MKLMediaNite2016 #KLTowerIGContest ...Banyak gambar yang Achik share untuk turut serta dalam photo contest tu tapi rezeki tak memihak pada Achik sebab ada lagi gambar yang boom..! hehehe..

Mereka yang berpakaian menepati tema pada malam tersebut turut menerima habuan masing-masing

Sekalung tahniah diucapkan kepada team Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd atas usaha yang diambil dalam meraikan para media melalui Media Nite 2016. Pengurusan KL Tower telah berusaha sebaik mungkin untuk menghargai para media yang banyak menyokong aktiviti dan operasi Menara KL. Semoga event ini dijadikan sebagai acara tahunan dan para media terus dirai dari semasa ke semasa.


Terima kasih Menara Kuala Lumpur

~ Achik ~

Nota: sebahagian gambar adalah ihsan daripada FB Menara Kuala Lumpur








Monday, March 28, 2016

Miliki Kulit Wajah Cantik Berseri Dengan Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sejak dua menjak ni, kulit muka Achik kerap naik jerawat terutama di bahagian dahi dan bawah mulut (berdekatan dagu) terutama sekali bila sampai tempoh nak datang bulan. Macam biasa, tangan gatal Achik ni memang suka meraba, picit jerawat yang baru nak tumbuh dan kopek jerawat yang baru nak kering. Kenapa? Sebab Achik rasa terganggu apabila bersolek, bedak bertapuk pada kawasan yang ada parut jerawat.


Achik memang percaya, penggunaan serum sebagai tambahan kepada produk asas penjagaan kulit adalah satu bonus untuk menambahkan lagi keserian dan keanjalan pada kulit muka seseorang. Setakat ini, dah 5 serum daripada pelbagai jenama terkemuka di pasaran yang Achik pernah cuba. Tapi kesan yang Achik nampak pada kulit muka Achik tidak sepertimana yang Achik rasai dengan menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum.


Diperkenalkan dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, buat Achik tertanya-tanya "adakah keberkesanan serum ini sama saja seperti serum-serum yang Achik gunakan selama ini?

Jawapannya : TIDAK !

Untuk pengetahuan korang, Achik memang target untuk hilangkan parut jerawat pada bahagian bawah mulut dan dagu Achik dalam tempoh seminggu. Yes, dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum parut jerawat di bahagian bawah mulut Achik dah pudar dan semakin hilang sedikit demi sedikit..!! Menjadi rutin harian Achik untuk memastikan serum Ephyra ini akan Achik sapu di muka pada setiap waktu pagi dan malam. Genap seminggu Achik menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini, Achik boleh nampak parut jerawat di bahagian bawah mulut Achik semakin pudar dari hari ke hari. Sebagai bonus pula, lingkaran hitam bawah mata Achik pun semakin hari semakin pudar..!!! Happy sangat bila dah jumpa serum yang sesuai dengan kulit Achik.

Ini adalah gambar sebelum Achik menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Gambar pada Hari Ke-7 menggunakan Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum. Gambar ini adalah tanpa bedak dimuka. 

Lingkaran hitam bawah mata Achik semakin pudar selepas menggunakan Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum

Nota: Untuk tujuan review produk Ephyra SKIN NANO Advanced Repair Serum, gambar Achik diambil tanpa menggunakan mode Selfie (beauty skin) pada kamera Achik. Ini adalah kesan yang Achik sendiri rasai selepas seminggu menggunakan Serum ini.

Selain daripada menghilangkan parut jerawat, banyak lagi keistimewaan dan kelebihan yang ada pada Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Ianya mampu memulihkan dengan pantas dan berkesan bagi memudarkan dan menghilangkan Jeragat, Bintik Hitam, Kulit Kusam serta Tona Tidak Sekata.


Dah nampakkan keberkesanan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pada kulit Achik? Mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, cara pembuatannya serta bagaimana teknologi nano yang ada pada serum ini bertindak ke atas kulit korang?

Jom sambung baca....

Info berkaitan produk:

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum merupakan serum pertama yang dikeluarkan oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd di bawah jenama Ephyra. Ianya dihasilkan melalui Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

Paling penting sekali serum ini Bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydriquinone. Teksturnya mudah meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Terdiri daripada gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E yang mampu mencerahkan dan menaikkan seri wajah.


Penggunaan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum secara konsisten pada waktu pagi dan malam dapat memberikan anda 10 kesan nyata yang dapat dilihat dalam tempoh seminggu.

10 Kesan Nyata yang dapat dilihat dengan penggunaan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum secara konsisten


Dihasilkan dengan teknologi Nano tapi bagaimana pula Teknologi Nano ini bertindak pada kulit kita?

Teknologi Nano merupakan antara teknologi yang semakin popular digunakan dalam bidang kecantikan terutama dalam menghasilkan produk-produk kecantikan. Teknologi nano menjadikan partikel serum sangat kecil untuk memudahkan sesuatu produk yang digunakan mudah meresap masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresepa akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaan kulit lebih anjal dan tidak berminyak.

Yes..!! Achik tak tipu..! Setiap kali Achik sapu serum ini pada muka, kulit muka Achik immediately akan rasa lebih lembut, anjal dan rasa syok untuk dibelai. Tak caya ? kena cubalah baru tahu kan...


Bagaimana serum ini berfungsi pada kulit anda?

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 

Walau serum ini nampak likat, tetapi ianya sangat lembut bila disapu pada kulit wajah


Cara Menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

    1 >> Cuci muka dengan pencuci muka
    2 >> Keringkan muka dengan tuala bersih
    3 >> Titiskan 2-3 titisan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pada telapak tangan / hujung jari
    4 >> Gunakan hujung jari untuk ratakan Ephyra Skin Nano Advanced Serum pada beberapa bahagian muka dan leher
    5 >> Dengan urutan yang lembut bermula dari dalam ke luar, sapukan sehingga serum meresap.


Kalau korang berminat nak cuba sendiri serum ini, tahu tak nak beli kat mana?

Ok...Meh sini nak bagitahu. If korang nak kelihatan cantik macam Memey Suhaiza (isteri Norman Hakim) atau pun nak rasa sendiri keberkesanan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum macam yang Achik dah rasa, korang boleh beli secara online melalui laman web rasmi Oceanlife


atau...boleh Whatsapp ke nombor hotline: 019-7373770 / 019-3800779

Ianya juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuklah di Brunei dan Singapura serta boleh dibeli di farmasi / kedai / toko jamu terpilih.

Jangan risau. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini sesuai digunakan pada semua jenis kulit.


Harga ???

Isipadu dalam botol: 15ml

Harga Asal:
RM88 (Sem. Malaysia)
RM92 (Sabah / Sarawak)

Harga Promosi:
RM68 (Sem. Malaysia)
RM72 (Sabah / Sarawak)


Oh ye...Korang yang nak beli dari pengedar, farmasi, kedai atau toko jamu mesti ada rasa curiga sama ada serum yang korang beli tu asli atau tak...hehehe...Jangan risau..sekarang teknologi dah canggih. Melalui smartphone korang pun dah boleh cek produk tu asli atau tak. Pada kotak Serum tu akan ada code macam gambar di bawah. Menggunakan aplikasi QR Code di smartphone korang, korang scan code yang ada pada kotak Serum ini.



Tara....serum yang Achik ada adalah asli dan berkualiti..!! boleh gunakan tanpa was-was..

So, nak miliki wajah yang cantik dan berseri-seri..? Jom Like FB dan Follow Instagram rasmi Oceanlife / Ephyra untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum serta produk lain di bawah jenama Ephyra.

Instagram : @ephyra2u


Miliki kulit wajah cantik berseri dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum....

~ Achik ~

Friday, March 25, 2016

Teater Muzikal Randai Cindua Mato dari Pagar Ruyung ke Istana Budaya

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Semalam telah berlangsung Media preview bagi pementesan Teater Muzikal Randai Cindua Mato bertempat di Panggung Sari Istana Budaya.

Permulaan teater telah diserikan dengan tarian Randai

Permulaan tahun 2016, Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Istana Budaya mempertaruhkan Teater Muzikal Randai yang disuntik elemen muzikal.

Pementasan Teater Muzikal Randai Cindua Mato ini akan membabitkan beberapa artis terkenal tanahair iaitu Remy Ishak, Vanidah Imran, Azhan Rani, Ashraf Muslim, Puteri Aishah Sulaiman, YBhg. Dato' Jalaludin Hasan, YBhg. Dato' Ahmad Tamimi Serigar, Ebby Yus dan ramai lagi.

Barisan watak yang terlibat dalam Cindua Mato

Menurut YBhg. Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN, pementasan teater muzikal randai ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan kelangsungan kesenian Randai yang merupakan warisan masyarakat Minang. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan apresiasi masyarakat terhadap kesenian klasik yang autentik dan kaya dengan nilai seni dan moral.

Antara gerak Randai yang dipersembahkan

Untuk pengetahuan korang, Randai ialah kesenian tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Minangkabau yang berasal daripada Sumatera Barat dan ianya turut berkembang ke seluruh pelusuk alam Melayu di nusantara. Randai juga merupakan salah satu teater tradisional yang menggabungkan elemen pencak silat, teater, tari, muzik, saster dan falsafah adat resam yang tinggi nilai artistiknya.

Kekuatan randai adalah melangkaui sempadan geografi kerana ia berkembang dalam rumpun masyarakat Melayu berketurunan Minang di Malaysia dan seluruh nusantara khasnya. Perjalanan naskah "Cindua Mato" yang merupakan cerita rakyat dan pahlawan lagenda di Tanah Minang khususnya di Pagar Ruyung, Sumatera Barat telah mendapat restu dari waris Allahyarhan Wisran Hadi yang merupakan penulis skrip asal naskah "Cindua Mato".


Untuk tujuan pementasan teatar muzikal radikal Cindua Mato ini, Remy Ishak telah memainkan peranan sebagai Cindua Mato yang merupakan pahlawan yang sakti serta gagah berani memperjuangkan cinta, maruah serta kedaulatan Kerajaan Pagar Ruyung pada waktu itu.

Sungguhpun pementasan teater muzikal randai ini mendapat sentuhan moden dengan adunan muzikal, namun pementasannya masih mengekalkan struktur asal dalam persembahan randai, contohnya gelombang (bulatan), kaba (unsur penceritaan), dendang (lirik lagu / berlagu) dan juga kostum yang melambangkan status sosial mengikut watak di samping aspek watak, nyanyian, gerak pencak serta gaya bahasa. Untuk tujuan pementasan, dialek Minang digunakan memandangkan ianya mudah difahami khususnya di Malaysia.

Keseluruhan pelakon / artis yang terlibat dalam pementasan teater muzikal randai Cindua Mato

Muzikal Randai yang berasaskan bahasa da loghat harian masyarakat Minang ini diarahkan oleh Lokman Ghani dari Istana Budaya. Dr. Indra Utama yang merupakan pakar rujuk dan pensyarah tari di Universiti Malaya bertindak sebagai koreografer serta dibantu oleh 4 orang koreografer Kumpulan Kesenian JKKN iaitu Siti Suhailah Taman, Amran Nunet, Zaidi Karim dan Nik Azwadi.

Muzikal ini turut mendapat sentuhan artistik daripada Hazize San dari Istana Budaya serta Dato' Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) turut terlibat sebagai Pengarah Muzik yang memberi sentuhan dalam garapan muzik Minang yang authentic untuk disesuaikan dengan pementasan muzikal di Istana Budaya.

Seramai 40 orang artis budaya dan pemuzik terlibat dalam pementasan teater muzikal randai ini yang melibatkan gabungan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Sembilan, Ibu Pejabat dan Wilayah Persekutuan KL serta pemuzik tradisional yang terdiri daripada gabungan pemuzik Istana Budaya dan Kumpulan Keseniaan JKKN.


Selain itu, 15 orang pesilat dari Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Malaysia serta Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Kampung Gagu, Jelebu Negeri Sembilan turut memeriahkan lagi pementasan ini.

Remy Ishak yang memegang watak Cindua Mato & Vanidah Imran sebagai Bundo Kanduang

Ashraf Muslim sebagai Rajo Mudo & Puteri Aishah sebagai Puti Bungsu

Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Rajo Tiang Bungkuak

Tiket bagi menyaksikan persembahan Randai ini dijual bermula dari RM25, RM55 dan RM85. Tiket boleh dibeli secara online di www.airasiaredtix.com atau dengan membelinya di kaunter tiket box office Istana Budaya.

Pementasan Teater Muzikal Randai Cindua Mato ini akan dipentaskan selama 3 hari bermula 25 Mac hingga 27 Mac 2016.

~ Achik ~






Tuesday, March 22, 2016

Menang 999.9 Gold Bar Dengan Pembelian MyEternelle Organic Skincare

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Timeless Glow Sdn Bhd yang dimiliki oleh Puan Rohanna Hussein sebagai pengasas dan Cik Shahira Sharir sebagai Chief Executive Officer telah pun melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit muka dan badan yang diberi nama MyEternélle.

"Because your beauty is Eternélle"

Itulah frasa yang digunapakai oleh pengasas kepada produk ini kerana perkataan Eternélle sendiri membawa maksud kekal. Kecantikan yang kekal selama-lamanya.

Rangkaian produk penjagaan kulit muka dan badan dari MyEternelle

Untuk pengetahuan korang, Puan Rohanna yang merupakan pengasas kepada produk MyEternélle ini telah pun berusia 60 tahun tetapi teksture kulitnya kelihatan anjal seperti wanita yang baru berusia 40 tahun. Hanya dengan menggunakan organic skincare keluaran beliau sendiri.

Kiri sekali : Puan Rohanna, Pengasas MyEternelle
Dua dari kanan : Cik Shahira, Chief Executive Office MyEternelle

Puan Rohanna sebelum ini telah pun mencuba pelbagai jenis produk penjagaaan kulit namun ianya tidak bersesuaian dengan kulit muka beliau walhal banyak belanja telah dikeluarkan untuk membeli pelbagai jenis produk. Berbekalkan azam yang kuat untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang menggunakan bahan-bahan organik, Puan Rohanna tekad untuk menggunakan produk Eternélle terlebih dahulu bagi melihat kesan ke atas kulit wajah beliau sebelum ianya dipromosikan kepada pasaran produk kecantikan.

Puan Rohana, Pengasas MyEternelle

Berpegang pada konsep untuk kelihatan cantik tidak perlu berhabis duit pada produk yang mahal, maka lahirkan Eternélle yang kini boleh dibeli secara atas talian. Sama ada anda berusia 25, 45 atau 65 sekali pun, keperluan anda adalah sama iaitu anda ingin keserian malar segar yang mampu menyerlahkan pesona sebenar serta keperibadian dan personaliti anda.


Demonstrasi penggunaan Miracle oleh Puan Rohana

Siri Penjagaan Kulit Eternélle ini dirumus secara tulen, organik, semula jadi untuk kesuburan kulit tanpa mengira jenis kulit. Produk ini diilhamkan khusus untuk orang Asia yang dipengaruhi persekitaran yang berbeza seperti perubahan iklim setempat, keadaan cuaca dan kelembapan. Produk ini bukan saja mampu memberi kesegaran kepada kulit tetapi turut mengembalikan dan mempertahankan seri keremajaan serta tingkatkan kesihatan kulit sekiranya digunakan secara berterusan. Ianya sesuai digunakan oleh kaum Lelaki dan Wanita.

 Siri Penjagaan Kulit Eternélle :

1. Cleansé - Pembersih Muka Collagen

Tanpa buih & tanpa hakisan dengan kebaikan kolagen. Ianya dirumus untuk membersihkan alat solek, minyak, habuk & kotoran di samping merawat kulit supaya lembut, gebu, lembap dan segar.

Harga:
Malaysia = RM34.90
Brunei / Singapore = $12.90

Harga Pek Isian semula:
Malaysia = RM34.90
Brunei / Singapore = $12.90

Step 1 : Cleanse (Play untuk view demo)

2. Lusté - Intensive Hydrating Serum

Berfungsi menghidratkan kulit dan menggantikan semula kandungan kelembapan. Tidak berminyak dan berkesan dalam menyediakan asas terbaik sebelum pengggunaan Miraclé & Touché.

Harga:
Malaysia = RM79.90
Brunei / Singapore = $29.90


Step 2 : Luste - Intensive Hydrating Serum (Play untuk view demo)

3. Miraclé - Instant Lift & Firm

Formula anti-penuaan eksklusif yang mengangkat & menegangkan kulit untuk penampilan lebih muda. Ekstrak organik digabungkan dengan sengatan bisa lebah mewujudkan kesan pemulihan intensif ketegangan semula jadi yang mengurangkan kekenduran dan garis kulit dengan serta merta.

Harga:
Malaysia = RM112.90
Brunei / Singapore = $39.90

Step 3 : Miracle Instant Lift & Firm (Play untuk view demo)

4. Touché - High Performance Foundation (SPF30)

Bedak asas berprestij tinggi yang sesuai untuk pelbagai tona muka & jenis kulit. Teksturnya yang ringan menjadikan penggunaannya aslim bagaikan lapisan kulit kedua. Ianya melengkapkan gaya pemakai dengan menampilkan sisi segar berdandan tanpa kesan palitan comot atau noda peluh.
Harga:
Malaysia = RM79.90
Brunei / Singapore = $29.90

Harga Pek Isian semula:
Malaysia = RM72.90
Brunei / Singapore = $27.30

Step 4 : Touche High Performance Foundation SPF30 (Play untuk view demo)


Macam mana nak beli produk ni?
Nak beli di mana?

Ok...untuk makluman korang semua, buat masa ini produk Eternélle hanya boleh dibeli secara online di www.myeternelle.com

Sehingga 30 April 2016 31 Mac 2016, Eternélle mengadakan promosi menang jongkong emas 999.9 dengan setiap pembeli Body Set & Skin Set. So, macam mana nak tahu cara untuk buat pembelian, jom sambung baca step di bawah.....

Step 1

layari www.myeternelle.com . Klik Shop seperti gambar di bawah

Step 2

Pilih produk yang hendak dibeli dan klik pada ikon cart seperti dalam gambar di bawah

Step 3

Kemudian, klik view your shopping cart seperti dalam gambar di bawah.

Step 4

Masukkan Coupon Code LUCKYDRAWSKINSET (untuk produk skincare) & LUCKYDRAWBODYSET (untuk set shower gel & body mist). Rujuk gambar di bawah untuk cara yang betul.

Untuk makluman semua, dengan setiap pembelian Skin Set atau Body Set, anda berpeluang untuk memenangi Cabutan Bertuah dengan membawa pulang 999.9 Gold Bar..!!!!



Step 5:

Kemudian klik Proceed to Checkout. Di Checkout Page ni, masukkan maklumat pembayaran. Dan yang paling penting, jangan lupa masukkan Promocode: ETAH sepertimana yang tertera dalam gambar di bawah bagi melayakkan korang untuk nikmati promosi Body Set & Skin Set.


Simple kan...? Untuk dapatkan lagi maklumat lanjut berkaitan produk ini serta testimonial pengguna yang telah merasai sendiri keberkesanan produk ini,

jom Follow : @myeternelle
Like FB Page : MY Eternelle

Berita baik buat semua !! Eternelle telah melanjutkan tempoh penyertaan untuk 999.9 Gold Bar Contest sehingga 30 April 2016..

Jom grab Skincare Set & Bodycare Set dengan harga promosi secara tak langsung anda mempunyai peluang untuk memenangi 999.9 Gold Bar..


~Achik~


Nota: entry ini telah dikemaskini pada 05 April 2016.