Friday, November 27, 2015

Guardian memperkenalkan Botaneco Garden Trio Oil untuk Rambut dan Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Guardian telah memperkenalkan rangkaian produk kecantikan berasaskan alam semulajadi iaitu Botaneco Garden Trio Oil Hair & Body dengan rumusan ultra-lembap yang diperkaya dengan khasiat Babassu, Baobab dan Chufa. Botaneco Garden Trio Oil yang lebih mesra ala mini dapat memenuhi kehendak pengguna yang bukan sahaja berkesan, malah selamat serta dirumus daripada khazanah alam semula jadi terpilih.


Rangkaian Botaneco Garden Trio Oil untuk rambut dan badan ini dirumus daripada gabungan tiga jenis minyak tumbuhan eksotik yang diiktiraf 100% mesra alam dan merupakan bahan yang popular untuk menjaga dan melembapkan kulit serta rambut. Rumusan ini terdiri daripada Minyak Babassu dari Amerika Latin, Minyak Baobab dari Afrika dan Minyak Chufa dari Perancis.


Koleksi ini diyakini sebagai antara rangkain produk penjagaan badan dan rambut yang pertama menggunakan kuasa pelembap daripada minyak tumbuh-tumbuhan eksotik ini. Berada di negara beriklim tropika menjadikan kulit terdedah kepada persekitaran kering dan lembap untuk tempoh yang lama. Oleh itu, kita memerlukan produk penjagaan kulit dengan rumusan khasiat bahan pelembap tertinggi yang mana ianya terdapat dalam produk Botaneco Garden Trio Oil yang telah diperkaya dengan dua rumusan pelembap ekstrak yang menawarkan lima kali kuasa pelembap tambahan.

 (Dari Kiri): Encik Peter Dove, CEO, Ketua Pegawai Eksekutif ,Guardian Health & Beauty Sdn Bhd,  Cik  Elyse Lee, Pengurus Kanan Serantau  Bahagian Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Group dan  Cik  Cheryl Young, Pengurus Pemasaran Jenama Korporat Bahagian Kesihatan dan Kecantikan, The Dairy Farm Group di majlis pelancaran Koleksi Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco Garden

Untuk pengetahuan semua pembaca, ketiga-tiga variasi rangkaian produk mandian badan dan penjagaan rambut ini seperti Syampu, Perapi Rambut dan Eliksir Rambut yang istimewa telah dirumus dengan ekstrak tumbuhan serta diperkaya dengan khasiat Minyak Trio.

Botaneco Garen Trio Oil Hail Elixir is a water-based spray for better absorbency and easy application.

Rumusan khas berasaskan khazanah alam semula jadi yang diiktiraf mesra ala mini juga telah diuji secara ddematologi dan terbukti berkesan. Malah, koleksi Botaneco Garden Trio Oil ini sangat efektif serta lembut pada kulit dan rambut. Kenyataan ini memang tak dapat disangkal lagi kerana Achik telah pun mencuba Shampoo – Hair Fail dan Body Wash – Moisturising. Setelah beberapa hari menggunakan dua produk ini, Achik dapat rasakan kulit badan dan rambut Achik lebih lembut. Yang paling menarik, bau-bauan dari produk ini sangatlah wangi. Kalau digunakan pada waktu malam, Achik pasti anda akan tidur dalam suasana yang nyaman dengan bau semulajadi. Bertambah menarik lagi apabila kesemua rangkaian ini bebas daripada bahan kimi yang berbahaya seperti Parabens, Silikon, Sabun, Pewarna Tiruan, Lanolina dan DEA.

Achik sedang menggunakan Body Wash – Moisturising dan baru lepas cuci rambut dengan Shampoo – Hair Fail. Secara peribadi, Achik dah jatuh cinta dengan Botaneco Garden Trio Oil.

Pengarah Jenama Korporat, Bahagian Kesihatan & Kecantikan The Dairy Farm Company Limited, Segolene Defline berkata, “Pasukan penyelidik kami telah mengkaji kepentingan penggunaan produk penjagaan kulit di kawasan beriklim tropika. Ini dilakukan untuk mendapatkan adunan bahan pelembap terbaik demi memenuhi keperluan tertentu bagi pengguna di rantau ini. Kami mendapati bahawa penggunaan bahan tropika seperti Minyak Babassu dan Baobab adalah paling berkesan untuk mencantikkan kulit dan telah dipraktikkan di rantau ini sejak berkurun lamanya. Manakala Minyak Chufa yang telah lama digunakan oleh masyarakat kuno di Mesir juga dianggap sebagai salah satu tumbuhan tertua pernah ditanam”.

Cik  Elyse Lee, Pengurus Kanan Serantau  Bahagian Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Group sedang menunjukkan langkah-langkah penyelesaian efektif oleh  Koleksi Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco Garden

Selain itu, rumusan Botaneco Garden Trio Oil ini juga diperkaya dengan kebaikan Omega 3, 6 dan 9 agar kulit serta rambut lebih sihat dan berseri. Terbukti produk mesra alam dan tanpa bahan kimia ini selamat digunakan dan menepati kehendak pengguna yang mementingkan kesihatan serta alam sekitar.


Kelebihan yang ada pada 3 minyak utama yang digunakan dalam penghasilan Botaneco Garden Trio Oil:

1)      Minyak Babassu : Dengan kandungan lima jenis asid lemak untuk merapi serta melembutkan rambut, juga diperkaya dengan Vitamin E dan fitosterol yang bertindak sebagai antioksida.

2) Minyak Baobab : Khasiat asid lemak semulajadi seperti Omega 3, 6 da 9 yang membantu menyuburkan kulit dan rambut agar lebih sihat dan berseri. Minyak Baobab juga mampu melindungi rambut daripada kerosakan akibat terdedah kepada sinar UV berbahaya dan ancaman radikal bebas dan ianya mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Patutlah kulit kepala rasa selesa dan tidak gatal selepas menggunakan shampoo nya.

3) Minyak Chufa : Bahan utama dan rejim kecantikan masyarat Mediterraean. Diperkaya dengan antioksidan seperti Omega 6 dan 9 serta Vitamin E yang mampu menghalang ancaman radikal bebas agar wajah lebih awet muda dan tidak berkedut.

Rangkaian ini dinamakan  Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco kerana ia dirumus daripada gabungan tiga jenis minyak tumbuhan eksotik yang diiktiraf 100% mesra alam dan merupakan bahan yang popular untuk menjaga dan melembapkan kulit serta rambut – Minyak Babassu dari Amerika Latin, Minyak Baobab dari Afrika dan Minyak Chufa dari Perancis.

Koleksi Mandian Botaneco Garden Trio Oil terdiri daripada 3 variasi iaitu Whitening, Moisturising dan Gentle Cleansing.

Manakala Shampoo dan Perapi Rambut dari Botaneco Garden Trio Oil juga terdiri daripada 3 variasi iaitu Smooth & Silky, Hair Fall dan Repair & Strengthen.


Harga ..???

Tak mahal dan sangat berpatutan.

Koleksi Botaneco Garden Trio Oil boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara atau di e-store https://online.guardian.com.my.

Harga produk bermula dari RM3.80 hingga RM19.90 termasuk 6% GST.


Cik  Cheryl Young, Pengurus Pemasaran Jenama Korporat Bahagian Kesihatan dan Kecantikan memperkenalkan varian yang terdapat didalam koleksi  Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco semasa pameran dan lawatan galeri.

Sempena hujung tahun 2015, sebarkan keceriaan musim perayaan dengan beg Gift of Love dengan sebarang pembelia Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Olive Oil and Trio Oil bernilai RM20.00 dan ke atas. Sementara stok masih ada.

Achik di Botaneco Garden Trio Oil Media Launch

~ Achik ~

1 comment:

  1. mcm mana nak pakai conditioner tu erk? sy ad beli y trial pack..nk cuba...cme ny xtau cara penggunaan yg betul utk hair conditioner

    ReplyDelete