Thursday, October 01, 2015

Petsmore Pets Day Out di Petsmore SS 2 Petaling Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Petsmore merupakan Pet Retail Chain Store yang terkenal di Malaysia. Malah Petsmore merupakan “Malaysia’s Largest Pet Retail Chain Store”.


Untuk memastikan Petsmore terus dikenali di kalangan animal lovers di Malaysia, Petsmore dengan berbesar hati telah mengadakan Pets Day Out pada 30 September 2015 yang lepas bertempat di Petsmore SS 2 Petaling Jaya. Antara yang hadir termasuklah media tempatan dan blogger yang telah dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya Pet Decoration Contest dan Cage Decoration Contest.


Yang paling penting, Achik hadir ke Pets Day Out bukan seorang diri tapi Achik turut bawa kucing kesayangan Achik, Baby Zorro dan Anis, dan tentu untuk tolong Achik tengokkan dan jaga Baby sepanjang Pets Day Out tersebut. Hahaha..Like Baby Sitter la...


Program Pets Day Out tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh COO of Petsmore, Mr. Sean Saw yang telah memperkenalkan promosi terbaru untuk perkhidmatan grooming haiwan kesayangan kita. Untuk makluman semua, perkhidmatan grooming yang disediakan oleh Petsmore memang antara yang terbaik di Malaysia dan yang paling penting pelanggan akan dapat memahami sendiri kepentingan grooming haiwan kesayangan mereka.


Selain itu, Mr. Sean Saw turut mengumumkan promosi yang menarik yang ditawarkan oleh Petsmore:

a)    RM150 ONLY for the First Trial Cat Basic Grooming Package yang mempunyai 5 sesi. Pelanggan dapat berjimat sebanyak RM265.00 bila kucing mereka dapatkan perkhidmatan ear cleaning, nail care, and bathing & blow drying.

b)    RM100 ONLY for the First Trial Dog Basic Grooming Package yang juga ada 5 sesi. Pelanggan juga dapat berjimat sebanyak RM195 bila anjing peliharaan mereka dapatkan perkhidmatan eye trimming, leg trimming, ear cleaning, ear hair removal, nail care, shaving of paw pad, stomach, private area, cleaning of anal gland and bathing & blow drying.

Perkhidmatan grooming yang ditawarkan oleh Petsmore sangat menarikh dengan adanya perkhidmatan Spa Grooming – Micro Bubbles SPA System. Dengan perkhidmatan Spa Grooming ini akan memanjakan haiwan kesayangan anda kerana ianya menawarkan pembersihan antibakteria yang mendalam, menyahbau-bauan dan melembapkan bulu serta kulit haiwan kesayangan. Ianya juga dapat membantu mengurangkan kegatalan serta menberi kesan yang menenangkan kepada haiwan peliharaan anda. Micro Bubbles SPA System ini adalah strictly hypoallergenic dan membantu meningkatkan kesan therapeutic dalam masa yang sama meningkatkan imuniti sistem haiwan kesayangan.




Demo Grooming turut diadakan semasa sesi Pets Day Out tersebut. Comel kan anjing-anjing kepunyaan Petsmore ni. Semua anjing-anjing ini memang dijaga oleh Petsmore dan mereka sudah menyertai banyak pertandingan dan ada antara anjing-anjing tersebut pernah memenangi dalam pertandingan yang disertai. Antaranya anjing hitam dalam gambar di atas.



Antara anjing yang di grooming

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Petsmore adalah Pet Hotel yang telah dilancarkan sebelum ini. Pet Hotel yang disediakan oleh Petsmore dengan harapan pemilik kucing mahu pun anjing tidak membatalkan perjalanan yang telah dirancang malah dapat meneruskan perancangan perjalanan dengan fikiran yang tenang kerana haiwan kesayangan mereka akan dijaga dengan baik sekiranya mereka memilih Pet Hotel di Petsmore.





ruangan Pet Hotel yang sangat selesa


Kenapa ? kerana semua pekerja di Petsmore adalah terlatih dan yang paling penting mereka adalah pencinta haiwan yang sangat berminat tentang setiap kesejahteran haiwan kesayangan.  Malah pekerja di Petsmore sangat faham dengan kebimbangan yang ada pada setiap pemilik kucing mahu pun anjing untuk meninggalkan haiwan kesayangan mereka untuk dijaga oleh mereka yang tidak dikenali.


Petsmore menawarkan perkhidmatan Pet Hotel bertaraf 5 bintang kepada setiap haiwan peliharaan yang dihantar ke Pet Hotel termasuk individual ventilation system untuk setiap bilik, daily cleaning and disinfection of the room, supply of food and fresh water at all times, as well as daily dry bath grooming for hygiene care untuk memastikan kucing dan anjing yang dijaga setiap dalam penampilan yang bersih dan kemas.

Best kan? Susah nak dapat yang betul-betul jaga haiwan kesayangan kita sebaik mungkin. Kebiasaanya nya ada sesetengah tempat boarding , kucing yang dihantar wangi baru mandi tapi masa ambil balik, aduh...bau nya...hancing sana sini. Benda-benda macam ni yang kita tak suka kan. Kebersihan haiwan kesayangan kita tak dijaga dengan sempurna. Jadi Pet Hotel di Petsmore adalah pilihan yang tempat untuk tinggalkan haiwan kesayangan anda bila anda perlu berada di luar kawasan.

Harga bermula daripada RM42.00 sehari untuk 1 pet di Superior Suite dan RM73 sehari untuk maksimum 2 pet di Royal Suite.

Mr. Sean turut memaklumkan bahawa sebanyak 18 daripada 21 cawangan Petsmore di Lembah Klang yang ditutup sebelum ini untuk tujuan pengubahsuaian telah dibuka semula dengan perkhidmatan yang menarik dan keluasan yang lebih luas.




Ruang kedai di Petsmore SS 2 Petaling Jaya. Sangat selesa untuk membeli belah keperluan haiwan peliharaan


Furfurry Academy..kawasan haiwan peliharaan di grooming di Petsmore SS 2 Petaling Jaya

Sebelum balik, kami semua tak lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli Petsmore. Kelebihan yang ditawarkan sangat menarik. Selain dapat 5% diskaun, dapat lagi additional diskaun semasa birthday month dan juga berpeluang untuk membeli belah semasa Jualan Ahli Petsmore. Best sangat. !


 

Di Pets Day Out tersebut turut disediakan servis karikatur oleh pelukis yang berbakat. Achik pun tak lepaskan peluang untuk gambar Achik & Baby Zorro dilakar kan dalam lakaran karikatur. Hasil nya sangat comel.






Sabrina & Amir, orang kuat yang menguruskan Program Pets Day Out





Anis & Baby Zorro


Kucing di Petsmore SS 2 Petaling Jaya


Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Petsmore, bolehlah layari webpage rasmi di www.petsmore.com serta FB rasmi Petsmore di http://www.facebook.com/petsmore untuk dapatkan info berkaitan promosi terkini di Petsmore. Juga pemilik akaun Instagram boleh follow Petsmore di instagram.com/petsmore

Thanks to Petsmore & BranDrive Consultancy for having me on that day. Achik, Baby Zorro & Anis happy sangat.!



oh ye, jangan lupa saksikan Iklan Petsmore yang sangat menyentuh hati di Petsmore advertisement . Kredit to Miera for the video.





 ~ Achik ~






No comments:

Post a Comment