Sunday, September 06, 2015

Pelancaran Sunshine September 2015 oleh Kumpulan Suria KLCC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. !

Kumpulan Suria KLCC yang terdiri daripada Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC telah berbesar hati melancarkan program Sunshine September 2015 di Suria KLCC pada 3 September 2015 dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkaitan autisme dalam masa yang sama ianya merupakan inisiatif dalam mengumpul dana bagi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).


Program Sunshine September ini telah memasuki usia enam tahun sejak ianya dilancarkan pada tahun 2010. Pada tahun ini, Sunshine September 2015 mempunyai misi untuk memberi peluang kepada kanak-kanak autistik dari NASOM untuk menyerlahkan bakat mereka, mengumpul dana dengan pelbagai cara selain membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang memahami autisme dengan lebih mendalam.


Pada 4 September 2015 yang lalu, Kumpulan Suria KLCC turut mengadakan majlis pelancaran Sunshine September 2015 untuk para pengunjung di pusat membeli belah Alamanda. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut iailah Ketua Pegawai / Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, Pengerusi NASOM, Bistaman Siru Andul Rahman dan Pengurus Besar Alamanda, Angeline Yee.


Majlis Pelancaran Sunshine September 2015 di Alamanda diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi terkenal, Najwa Mahiaddin yang telah mendendangkan dua buah lagu di majlis tersebut.




Majlis seterusnya disempurnakan dengan ucapan oleh Andrew Brien, Ketua Pegawai / Pengarah Eksekutif Kumpulan Suria KLCC. Dalam ucapan belian, Mr. Andrew turut menjelaskan bahawa Kumpulan Suria KLCC turut bekerjasama dengan stesen radio Lite FM dalam usaha untuk menyebarkan kesedaran tentang autisme serta mempamerkan bakat Umar Hasfizal mendendangkan lagu 'You Raise Me Up' dalam video rakaman yang telah dikongsi di Facebook Lite FM bermula 3 September 2015 hingga 30 September 2015.

Mr. Andrew juga menyeru orang ramai yang telah menonton video rakaman tersebut untuk klik 'like' pada video itu untuk menunjukkan sokongan anda kepada kanak-kanak autisme. Bagi setiap 'like' yang diterima, Kumpulan Suria KLCC akan mendermakan RM1 kepada NASOM melalui program Sunshine September 2015.  Tunggu apa lagi, jom sama-sama tonton video rakaman tersebut, klik 'like' kerana sambil menonton video itu, kita juga turut membantu NASOM mengumpul dana untuk kanak-kanak Autistik. Achik sudah, korang bila lagi..???


Selain itu, Mr. Andrew turut berkongsi cerita tentang kejayaan Kumpulan Suria KLCC sejak Sunshine September dilancarkan pada tahun 2010. Sepanjang 6 tahun lepas, Kumpulan Suria KLCC telah berjaya mengumpul dana lebih daripada RM1.4 juta untuk NASOM. Dana yang dikumpul untuk NASOM ini telah digunakan untuk program-program pendidikan mereka antaranya program persekolahan arus perdana, program intervensi awal dan program intensif intervensi awal. Dengan misi yang sama, Kumpulan Suria KLCC berhasrat lebih banyak dana untuk NASOM dapat dikumpulkan tahun ini agar lebih ramai individu autistik dapat dibantu.


Pelancaran Program Sunshine September 2015 di Alamanda



Tetamu VIP bergambar dengan kanak-kanak Autisme di bawah naungan NASOM



Majlis Pelancaran Sunshine September 2015 turut dimeriahkan dengan persembahan koir oleh golongan autistik pertama di Malaysia. Persembahan yang hebat lantaran membuktikan mereka juga boleh menjalani kehidupan yang bermakna dan berupapaya memenuhi impian mereka dengan adanya sokongan dan pengambilan langkah-langkah awal dari segi pembelajaran. Bakat mereka terserlah menerusi nyanyian lagi 'We are the World' dan 'Getaran Jiwa'. 

 

Kanak-kanak Autistik turut berkesempatan dihiburkan oleh Badut semasa majlis tersebut.


Selain itu, pelbagai booth dibuka untuk pengunjung Alamanda. Antaranya booth Sunshine September yang menjual koleksi barangan Sunshine September dengan harga yang berpatutan. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung NASOM. Achik turut borong tumbler bernilai RM1 sebanyak 10 unit..hehehe. 

Para pengunjung boleh beramal dengan menyertai aktiviti dan permainan yang menyeronokkan di Alamanda, Suria KLCC dan Mesra Mall semasa majlis pelancaran Sunshine September 2015 diadakan. Selain itu, para pengunjung tiga kompleks tersebut boleh menderma dengan membeli kemeja-T, set alat tulis, set sudu garfu serta hasil seni kanak-kanak NASOM bermula 2 September 2015 hingga 30 September 2015. Rakan-rakan perniagaan ketiga-tiga pusat membeli-belah ini juga akan menyumbang kepada Sunshine September melalui derma wang tunai atau memberi sebahagian hasil jualan barangan terpilih mereka.



Booth Pop Corn, Candy Cotton dan Aiskrim turut disediakan.


Gembira kanak-kanak Autistik ini menikmati Aiskrim



Booth NASOM juga ada. NASOM turut membuka kaunter pendaftaran serta menjual barangan kreatif dan lukisan yang dihasilkan oleh golongan autistik di NASOM dan 100% hasil jualan akan disalurkan kepada NASOM.




Antara outlets yang bekerjasama dengan Program Sunshine September. Korang semua boleh lah membeli belah di outlets yang mengambil bahagian seperti gambar di bawah. Sambil membeli belah, korang juga boleh menderma. ! yeahhh...suka..!!!




Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Sunshine September 2015 korang boleh lah layari www.sunshineseptember.com atau korang boleh hubungi talian (03)-2382 2828 untuk Suria KLCC, (03)-8885 5468 untuk Alamanda dan (09)864 9000 untuk Mesra Mall.

Selain itu, bagi ibu bapa atau orang ramai yang mengenali insan autistik dan ingin mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan NASOM, anda bolehla kunjungi ke laman web rasmi NASOM di www.nasom.org.my.


Mari lah kita bersama-sama menyumbang setakat mana yang mampu untuk membantu individu Autistik ini meneruskan kehidupan mereka kerana mereka juga berhak untuk melalui kehidupan seperti manusia yang lain.


Sunshine September
Brightening Lives Together



~ Achik ~

No comments:

Post a Comment