Saturday, September 05, 2015

Kempen Watsons Really Syok ! untuk Ahli VIP Watsons

Assalamualaikum dan hai semua.

Berita baik buat semua pemilik Kad VIP Watson. !!! 

Jika anda salah seorang ahli Kad VIP Watsons, maka ini adalah peluang yang tidak sepatutnya anda lepas. Watsons Malaysia dengan bangganya memperkenalkan kempen Watsons Really Syok! untuk meraikan ulang tahun yang ke-5 Program Ahli Kad VIP Watsons.


Watsons Really Syok! penebusan ganjaran dan penjualan akan bermula pada 3-28 September 2015 di mana acara kemuncak adalah ganjaran penebusan pas eksklusif ke konsert outdoor yang terbesar di rantau ini iaitu MTV World Stage 2015 di mana ahli-ahli VIP Watsons boleh menonton dan berhibur dengan persembahan secara langsung daripada binrang antarabangsa seperti Jason Derulo , Carly Rae Jepson, Apink (Korea) dan Sekai No Owari (Jepun).

Para tetamu dan ahli media mengambil peluang untuk mencuba Spin N Win untuk percubaan memenangi pas eksklusif  MTV World Stage . 


Encik Danny Hoh yang merupakan Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia turut melahirkan rasa amat teruja untuk bekerjasama dengan MTV World Stage buat kali pertama. Menurut kata Danny, ganjaran menyaksikan persembahan secara langsung di Konsert MTV World Stage adalah suatu ganjaran eksklusif kerana ianya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit kerana kemasukan ke konsert ini adalah eksklusif untuk Ahli Kad VIP Watsons yang berjaya mendapatkan pas tersebut.

Danny turut menyampaikan hasrat Watsons Malaysia untuk menghargai ahli-ahli kad VIP Watsons yang setia dengan satu pengalaman yang sangat SYOK dan berpesta seakan-akan seperti di luar negara yang akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat semua Ahli Kad VIP Watson. Berita baik lagi bila Uber dengan rela hati menawarkan pengangkutan percuma kepada ahli-ahli VIP Watsons ke tempat konsert itu.


 Persembahan artistik mempamerkan ganjaran yang boleh ditebus


 Danny Hoh, Ketua Pemasaran Watsons Malaysia turut beramah mesra dengan Watsons Celebrity Friends


 Kit Mah merupakan top model yang merupakan wajah kepada kempen Watsons Really Syok!

Selain Kit Mah, Watsons Celebrity Friends yang turut hadir ialah Amber Chia, Reem Shalwa dan Hansen Lee. Selain itu, Serena C yang merupakan pengacara acara perasmian Watsons Really Syok! turut berkongsi kepuasan beliau dalam setiap perjalanan yang dibuat dengan menggunakan kad Watsons yang lengkap dengan fungsi Touch N Go.

 Hansen Lee, Watsons Celebrity Friend 

Hanson Lee juga tidak lepaskan peluang berkongsi kelebihan yang ada pada Kad VIP Watsons, Hanson tidak pernah lepaskan peluang membeli belah di Watsons terutamanya keperluan dandanannya semua ada di Watsons. Dengan penebusan ganjaran, saya gembira untuk menebus produk La Gourmet disediakan. 


 Reem Shalwa, pengacara TV Astro yang popular tidak sabar untuk menyaksikan MTV World Stage 2015 dengan Watsons



Model selebriti, Amber Chia yang merupakan salah seorang Watsons Celebrity Friends turut meluahkan rasa gembiranya dengan kemudahan yang ada pada Kad VIP Watsons terutama mata ganjaran Watsons boleh ditebus kepada baucar makan ke restoran yang enak. Amber Chia sekeluarga telah menikmatinya sejak hari pertama Amber menjadi ahli VIP Watsons secara rasmi, 



Tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Kempen Watsons Really Syok! turut dihiburkan dengan satu persembahan tafsiran oleh artis mime yang mempamerkan penebusan lima ganjaran dalam cara yang paling berseni. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Caryn Loh, Pengurus Besar Trading, Watsons Malaysia dan Jessica Ng, Digital dan Pengalaman Pengarah Pengguna, Watsons Malaysia.


Ahli-ahli VIP Watsons boleh membuat penebusan ganjaran yang terdapat dalam 5 peringkat dan penebusan boleh dibuat di semua kedai-kedai Watsons di seluruh negara. Antara ganjaran yang boleh ditebus adalah pas eksklusif ke MTV World Stage 2015 (500 points)baucar membeli belah secara online di Watsons (400 mata), produk isi rumah La Gourmet (300 mata), tambah nilai Touch N' Go RM5 (200 mata) dan baucar makan (100 mata).



Jom layari http://www.watsons.com.my/monthlypromomailer untuk dapatkan katalog penebusan ganjaran Kad VIP Watsons. 

Serentak dengan itu, Watsons Really Syok! jualan ahli akan diadakan yang menawarkan diskaun hebat 50% dengan lebih daripada 500 produk yang disediakan bermula dari 3 hingga 28 September 2015.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Watsons Really Syok! layari: www.watsons.com.my/reallysyok atau lawati Watsons Malaysia Facebook www.facebook.com/watsonsmalaysia

Apa tunggu lagi. Jom serang cawangan Watsons yang berdekatan untuk semak mata ganjaran anda. Oh ye, saksikan juga video kick off Kempen Watsons Really Syok! di Youtube : #watsonsreallysyok 


#watsonsreallysyok
#watsonsreallysyok
#watsonsreallysyok


~Achik~

No comments:

Post a Comment