Tuesday, August 04, 2015

Rumah Terbuka K NOW di Tech Titan


Alhamdulillah..

Masih lagi dalam mood Syawal. Undangan rumah terbuka sudah pasti merata-rata.

Syukur..di Syawal ke 14 ( 30 Julai 2015 ) Achik telah diundang ke K Now Raya Open House bertempat di Tech Titan, 5th Floor, Wisma Bently Music, Mutiara Damansara. Suka sangat Achik bila dapat jemputan makan-makan ni. Terima kasih kerana sudi menjemput Achik ke Raya Open House ini.


Tengoklah...makanan yang disediakan oleh tuan rumah untuk tetamu yang hadir. Pelbagai jenis lauk pauk yang bersesuaian di makan oleh semua tetamu dan staff di Tech Titan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Antara lauk yang dihidangkan Satay, Tauhu Telur, Udang goreng butter, Sayur campur, Bebola ketam, masak lodeh, mee goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi...


Sandwich, kuih muih, ABC juga disediakan buat tetamu. Banyak betul makanan. Memang Achik enjoy sangat menikmati hidangan makanan di K Now Raya Open House. Berat naik dah tak ingat dah masa tu..hehehe


Ini lah catering yang menyediakan hidangan pada hari tersebut. Kalau ada yang berminat, bolehlah hubungi nombor yang tertera pada business card tu. Tak menyesal, memang sedap!


Dah puas menikmati hidangan, Achik ambil peluang untuk tour di front counter Tech Titan.


Tech Titan Sdn Bhd menyediakan servis Research & Development berkaitan inovasi baru dalam teknologi maklumat. Tech Titan Sdn Bhd juga merupakan partnership dengan Kaspersky Lab. Maklumat lanjut berkaitan Tech Titan boleh dirujuk di laman web rasmi Tech Titan.

Turut beroperasi di tingkat yang sama adalah Techlane Resources yang merupakan pengedar Kaspersky Lab dan K Now Distribution Sdn Bhd yang menyediakan internet solution paling berkesan untuk perniagaan. Jadi untuk yang berminat mengetahui lebih lanjut berkaitan dua syarikat ini, boleh lah berkunjung ke laman web rasmi TechLane Resources dan K Now Distribution.

Selain itu, di Tech Titan juga terdapat Online IT Store yang beroperasi di bawah KooZaa. KooZaa merupakan Official E-store of Malaysia IT Fair. 


Antara merchandise Kaspersky yang dipamerkan di Lobby Tech Titan.



Next Generation Technology 

*****

Oh ye...satu pengumuman berkaitan Malaysia IT Fair telah diadakan semasa K Now Raya Open House.


Secara rasmi nya, Malaysia IT Fair untuk kali ini akan diadakan selama 4 hari bermula pada 28 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 bertempat di Mid Valley Exhibition Center.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan aksesori dan gadget berkaitan IT jangan lepas kan peluang ke Malaysia IT Fair. Banyak booth akan dibuka untuk memenuhi keperluan IT anda semua. Yang paling best, ilmu berkaitan  bisnes juga akan dikongsikan sepanjang Malaysia IT Fair.


Antara blogger yang hadir. Terima kasih atas peluang yang diberikan.

*****


Malaysia IT Fair
"Bringing IT closer to YOU"


4 comments:

  1. Wah! Bestnya rumah terbuka hari itu. Menyesal tak boleh nak attend.

    xoxo
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    ReplyDelete
  2. Wah, rindu masa berbuka dengan you all

    ReplyDelete
  3. Nice.... sedap makanan... excited nak hadir fair...

    ReplyDelete
  4. Makan makan makan...jom ternak lemak hihi

    Kolin zainal

    ReplyDelete