Wednesday, August 19, 2015

Mini Events & Activities @ MEGA CAREERS STUDY FAIR

Hi semua..!!

Entry yang lepas Achik ada share news on Mega Careers Study Fair akan diadakan pada hujung minggu ini iaitu pada 22 Ogos 2015 & 23 Ogos 2015. Bagi yang terlepas membaca, boleh klik di link ini MEGA CAREERS & STUDY FAIR IS BACK

Untuk makluman korang semua, sepanjang Mega Careers & Study Fair berlangsung, pelbagai mini events dan aktiviti yang akan diadakan buat semua pengunjung pada hari tersebut.


Jangan lepaskan peluang anda untuk berjumpa dengan LinkedIn.com. LinkedIn.com merupakan Rangkaian Profesional Terbesar di Dunia akan berada di sepanjang pameran ini bagi tujuan membantu pencari kerja menarik perhatian bakal pelanggan mereka melalui profil dalam talian yang berkualiti.



Dah tentu yang paling teruja adalah bila Jonathan Yabut, Winner of The Apprentice Asia akan berada sepanjang Mega Careers & Study Fair. Jonathan akan menjadi jurucakap kepada pengunjung pada kedua-dua hari tersebut. Buat pengunjung bertuah, akan berpeluang mendapatkan salinan buku Jonathan bertahun 'From Grit to Great' beserta tandatangan eksklusif daripada Jonathan.


Ketiga-tiga stesen radio ini  akan turut berada di pameran selama dua hari untuk memberikan keseronokan buat semua pengunjung yang hadir.


Malaysia's 100 Social Media Hub - persembahan menghiburkan oleh personas dari kedua-dua industri dan acamedia, termasuk persembahan eksklusif oleh LinkedIn.com dan Fly Fm

Malaysia's 100 Leading Graduate Employers memberi peluang anda untuk membuat kaji selidik dan berkongsi minat kerja anda serta berpeluang untuk mengundi majikan kegemaran anda dalam Malaysia'a largest dan longest-running graduate careers survey.


MPH akan mengadakan pameran buku khusus untuk pembaca yang gemar dengan tajuk yang menarik dari pelbagai kategori


Kerja yang lebih baik menanti semua sebagai pencari kerja dengan cara drop kan resume anda di booth CareerBuilder dan dapatkan salinan terbaru Panduan Gaji Malaysia 2015/16



Leo dan Leona pun ada untuk menghiburkan pengunjung semua serta berpeluang bergambar dengan mereka berdua.


*****

Selain daripada aktiviti yang dinyatakan di atas, pihak penganjur juga menyediakan 'Road to Succes' Guided Tour di mana semua yang sedang mencari pekerjaan akan diberi tujuk ajar dalam sektor-sektor yang lebih spesifik dan membantu anda untuk mengenal pasti majikan atau syarikat yang bersesuaian dengan minat anda semua. 

Para pengunjung juga berpeluang untuk membuat ujian personaliti dan bimbingan kerjaya daripada Postgradasia.

Dan yang pasti, pihak penganjur turut menyediakan pelbagai jenis hadiah buat semua pengunjung yang mengunjungi Mega Careers & Study Fair pada Sabtu dan Ahad ini..!!!!

Jadi, tunggu apa lagi...Jom daftar sekarang !!!!!! dan jangan lupa hadirkan diri anda di Mega Careers & Study Fair di KLCC pada 22 Ogos 2015 & 23 Ogos 2015.



- Achik -

No comments:

Post a Comment