Wednesday, June 03, 2015

Misi menawan Puncak Broga ~ 30 Mei 2015




Alhamdulillah..

Hari Sabtu yang lepas ( 30 Mei 2015 ), Achik dan kawan-kawan telah berjaya mendaki Bukit Broga. Ini merupakan kali ke-2 Achik panjat Bukit Broga. Kawan Achik, John, dia dah 3 kali panjat Broga, yang lain-lain tak pernah lagi.

Matahari baru nak naik. Belakang Achik tu adalah Stage pertama Bukit Broga.

Hari Sabtu tu, Achik bangun seawal jam 3.20am...mandi & bersiap. Sebab dah janji dengan kawan-kawan lain untuk berkumpul di Shell Taman Delima Kajang sebelum sama-sama konvoi ke Bukit Broga tepat jam 4.00 pagi.

Tapi itu hanya janji melayu. Aqem juga yang lambat. Nasib Achik call dia, kalo tak memang hanyut diulit mimpi la jawab nya.

Dalam pukul 4.40 pagi kami semua bertolak ke Bukit Broga...Yes, lambat disebabkan Aqem..!! hehehe..Dalam perjalanan, kami singgah dulu di Petronas untuk ke tandas. Buat apa yang patut sebab atas Bukit Broga tu takde toilet. Dekat bawah ada la tapi sekali masuk RM 1...hehehe..pandai depa cari duit tandas dalam ladang kelapa sawit RM 1 sekali masuk...

Jam 5.15 pagi kami semua sampai di kawasan tempat letak kereta di kawasan kelapa sawit. Elok je semua dah parking kereta, terus bergegas nak panjat Bukit Broga dengan takde warming up ke, renggang2 kan badan ke..takde..pakai redah je...

Gambar di Puncak Pertama
Hari masih gelap lagi..

Masa mendaki ni, badan Achik dengan Anis dah tak fit..dah lama tak bersenam & badan pun dah naik. Kawan-kawan Achik yang lain punya laju memanjat..Achik dengan Anis banyak berhenti sebab Anis tak cukup rest and tidur. Yelah, baru balik kerja pukul 1 pagi, baru nak lelapkan mata pukul 2 pagi, tetibe alarm Achik dah berbunyi..huhuh

Anis hampir give up...itulah pentingnya dalam kita mendaki beramai-ramai, bila ada kawan kita yang hampir give up, atleast ada seorang dua yang mesti beri semangat dekat dia..Sebab Achik pasti, kawan-kawan yang lain dalam satu pasukan mesti akan ada yang bersikap tak boleh menunggu dan nak cepat sampai puncak.

Alhamdulillah, walaupun pergerakan Achik dengan Anis perlahan, kami berdua berjaya sampai puncak pertama jam 6.30 pagi. Kami berehat dahulu di puncak pertama..Solat bagi yang boleh solat. Bergambar, rehatkan kaki

   

Hari semakin cerah. Jam dah menghampiri pukul 7.00pagi. Kami segera bergerak ker Puncak kedua. Puncak kedua tidak jauh dan laluan nya pun mudah.

Meneruskan perjalanan untuk ke Puncak yang terakhir

Selesai bergambar di Puncak Kedua, kami teruskan perjalanan untuk mendaki sehingga ke Puncak terakhir Bukit Broga. Laluan ke Puncak memang bahaya kerana ianya tanah yang jenis berpasir, tiada batu dan rumput untuk kita kawal pergerakan kaki. Sebab itu di laluan tersebut di sediakan tali untuk kita tarik badan kita ke atas.


Yeahhh...Kipidap...walaupun Anis hampir give up gara-gara tak cukup tidur


Yeehaaaa..We made it to the Top..!!!! 

Sebelum jam 7.30am kami dah sampai di Puncak Broga yang berada kira-kira 1312 kaki dari paras laut. Manusia dah ramai di Puncak. Sebab kami agak lewat bertolak pagi tu.

mat bunga ni pantang nampak kamera.. Ni la John Labu

Udara di atas Puncak Broga memang nyaman..Walaupun matahari dah mula naik, tapi kami tidak rasa kehangatannya. Kawasan di Puncak masih redup. Kami semua mengambil kesempatan untuk bergambar, berehat sebentar, mengisi perut yang kosong dannnnn....baring macam John...!! hehehehe



Bersantai di Puncak Bukit Broga
John yang pantang nampak kamera




Tengok lah...Manusia dah ramai di puncak..Nak bergambar pun kena pandai selit-selit and pasrah jela bila orang lain photobomb gambar kita..





Yeahhh...akhirnya ada juga gambar kami berENAM yang sama-sama mendaki Bukit Broga.



Hari dah panas. Masing-masing ada aktiviti lain pula nak buat selepas ni. So dalam jam 8.30pagi, kami semua gerak turun perlahan-lahan...Oh..yang perlahan-lahan tu kitorang bertigas...Along, wife dia & Aqem dah jauh kedepan..Sampai lah kami nak turun dari Puncak pertama Broga tengok Aqem terduduk di atas batu...

hHahahahha..ingatkan apa..rupa-rupanya tapak kasut Aqem dah tertanggal...hihihi


Kami sempat bergambar...pemandangan yang cantik bila matahari dah terbit.


Alhamdulillah..Sebelum jam 9.30am kami dah sampai dekat bawah. Kebetulan cuti sekolah dah bermula, memang ramai umat manusia nak naik & nak turun pada waktu yang sama. Jadinya pergerakan akan jadi perlahan di kawasan yang laluannya sempit.

Sampai jer dibawah, kami semua gerak untuk bersarapan di semenyih sebelum masing-masing balik ke tempat asal untuk aktiviti masing-masing.

Sebelum balik, sempat lagi si John & Along nak bergambar dengan kereta Nismo tu..Entah siapa lah pemilik kereta tersebut..hihi






----------------------------------------------------------

ok, sedikit tips sebelum mendaki:

1) pastikan 2 minggu sebelum mendaki dah activate urat-urat, otot-otot di badan kita dengan bersenam. Bukit Broga mungkin kurang mencabar. Tapi percayalah, kalo badan agak berisi dan tidak bersenam, memang mengah, semput, semuanya ada.

2) Jangan bawa beg berat-berat. Beban di belakang badan anda akan menyebabkan pergerakan anda perlahan dan cepat penat.

3) Tido yang cukup.

4) Pakaian yang bersesuaian. Memanglah Bukit Broga ni tak tinggi mana. Trek nya pun memang dah ada. Tapi tak perlu kot dengan pakai legging ketat...baju fit...kasut toksah cakapla...macam-macam patern...Nak jaga keselamatan mudah,..benda-benda asas ni yang kita perlu titik beratkan.

5) Bawa sedikit makanan. Roti dah ok. Air minum, tak perlu banyak sangat. Achik bawah 1.5liter tu pun kongsi bertiga. Takut minum banyak, dekat atas nak terkucil dah payah nak cari tempat.

6) Ubat-ubatan...panadol..minyak angin

7) Handphone dan kamera pastikan dah fully charge. Banyak nak bergambar kan.

8) Oh ye..tolongla bawak TORCHLIGHT..!!!! better yang pakai dekat kepala...bahaya la bila mendaki buki yang berpasir & bertanah licin dengan tangan sebelah pegang torchlight or handphone yang ada flash untuk dijadikan torchlight.

9) Bagi yang tak pernah datang, gunalah Waze...atau pun survey lah dulu sebelum hari kejadian.

10) Kalo boleh mula mendaki tu jam 4.00pagi..pukul 5.00 pagi tu paling lewatlah..kalo awal sampai dekat puncak, lebih lama anda boleh berehat di puncak. sambil menikmati hembusan angin yang mendamaikan. Jangan risau, dah ada yang lebih awal lagi mendaki..


Selamat mendaki semua..!!!!

No comments:

Post a Comment