Wednesday, June 10, 2015

HARUMANIS , rasa semanis namanya

Setelah sekian lama menanti akhirnya Harumanis berjaya berada dalam perut Achik..

Tadaaaa...

Harumanis UiTM PERLIS in the house..!!!

walaupun kulit mu tidak menarik tetapi rasa mu tetap menjadi pujaan hati ku..


Sebenarnya Achik order Harumanis ni dah lama dgn kawan Achik. Kawan Achik order dulu dgn kawan dia di UiTM PERLIS walaupun pada waktu tu tiada orang yang nk datang hantar dari Perlis ke KL. Tu yang kulit Harumanis tu nampak dah tak cantik sebabnya isinya telah masak ranum.

Tengok warna isi ni pun dah tahu...tak perlu menunggu lama, terus potong dan sedia di makan.


Mak ai...dia punya rasa, Manis dan lazat.!!!!! Kalau ada pulut, pergh...memang sedap pulut dimakan bersama dgn Harumanis.


Sebenarnya sebelum ni Achik takde terasa nak beli Harumanis. tapi memandangkn kawan Achik yang sedang bunting mengidam Harumanis & suruh Achik order..

Kawan Achik tu pula siap keluarkan ayat "tolong la order huda..awak tak kesiankan saya yang pregnant ni ke..?"

hahaha...tak sampai hati pula nak tolak bila kawan Achik keluarkan ayat macam tu..

Harga 1 kotak ni dengan berat 2.5kg adalah RM65...takpela..teringin punya pasal, harga mahal tutup mata saja...


So korang, jemput tengok ye...Achik makan dulu...

No comments:

Post a Comment