Wednesday, May 13, 2015

Sawadikap ~ Welcome to Phuket, Thailand ~ Episode 1

Sawadikap ~ Welcome to Phuket, Thailand ~ Episode 3
Sawadikap ~ Welcome to Phuket, Thailand ~ Episode 2
Sawadikap ~ Welcome to Phuket, Thailand ~ Episode 1

Kisah percutian Achik ke Phuket ni dah basi pun..tapi disebabkan baru sekarang Achik ada mood nak menulis, makanya jom lah ikuti kisah percutian Achik yang singkat ke Phuket..
Tiket utk ke Phuket ni Achik beli dari tahun lepas lagi. Masa tu tiket pergi balik naik AirAsia RM224..setelah bincang punya bincang, Achik dan kawan-kawan yang lain (total kami semua 8 orang) decided pilih tarikh 22/03/2015 hingga 25/03/2015.

Nak dijadikan cerita beberapa minggu sebelum nak ke Phuket tu macam2 dugaan menimpa Achik. 02/03/2015 Achik kena Denggi..seminggu jugak la tak keje..dapat MC..lagi nak jadi masalah bila Budget Screening utk tahun 2016 Unit Bajet dh decide utk buat on 25/03/2015...memang haru biru dibuatnya...dengan bos x approve cuti..lepas nego punya nego, nak tak nak Achik buat pilihan utk teruskan percutian Achik ke Phuket dgn syarat 25/03/2015 tu Achik kena kerja..terbangla duit ku trpaksa beli tiket balik on 24/03/2015 yg sama harga dgn tiket pergi balik..sobs sobs.


Begini lah rupa Achik bila pepagi buta dah menunggu seawal jam 1.00 pagi dekat KLIA 2. Flight Achik ke Phuket pukul 6.50am so korang ingat ada ke orang yang nak bangun pepagi buta semata-mata nak hantar Achik pergi KLIA 2 jauh-jauh..hehe..nak tak nak, sementara orang tak tido lagi, minta tolong le hantarkan Achik. TQ to adik Ipar Anis sebab sudi hantar kitorang berdua ke KLIA 2.

Achik & Anis di luar balai perlepasan KLIA 2

Satu tips dari Achik untuk korang yang tak pernah sampai KLIA 2 ni. Please datang awal atleast 2 jam sebelum boarding time korang. Sumpah cakap nk jalan kedalam memang jauh. Belum lagi korang kena queue panjang untuk security check oleh pihak airport & kastam checking..So, sila datang awal ye.

Dalam jam 8.00am waktu Thailand, kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Phuket. 

No comments:

Post a Comment