Saturday, May 23, 2015

Sawadikap ~ Welcome to Phuket, Thailand ~ Episode 3




Selepas selesai sarapan pagi, kami semua bergerak ke tepi bangunan hotel untuk menyewa motor. Kalo korang nak tahu macam yang Achik maklumkan sebelum ini, lokasi hotel Achik menginap memang sangat strategik. Hari pertama kami di Phuket, kami menyewa motor di tepi bangunan hotel kami. 1 motor untuk tempoh 24 jam kosnya THB 250. Kami semua dah bersiap-siap untuk ronda pekan Patong…!!!!




Tempat pertama yang kami tuju adalah Hard Rock Cafe. Kawan Achik, si Shahz sibuk nak beli baju Hard Rock. Elok-elok sampai je Phuket, duit dia banyak dh habis kat sini dulu…Hehe… Sementara tunggu Shahz shopping baju, kami melepak dekat Café, bukan minum  tapi bergambar..selfie…













































Pintu Masuk ke Hard Rock Shop
Lama jugak la kami dalam Hard Rock Café tu..Kemudian, kami semua gerak ke Patong Beach yang tak jauh pun dari situ. Ambil udara pantai kan. Cuaca memang panas…memandangkan kami semua memang tak mandi dari semalam ( ooops…maklumla, flight pukul 6.55am pagi kan…mestilah last mandi sebelum gerak ke KLIA 2..), kami semua decide untuk balik hotel untuk check in, rehatkan badan, mandi-mandi sebab malam nanti kami nak berjalan di Bangla Road..

No comments:

Post a Comment