Wednesday, May 27, 2015

Royal FLORIA Putrajaya 2015

Cuti sekolah yang bakal bermula, masa tu juga banyak event yang diadakan di seluruh Malaysia. Antara yang Achik pasti pergi adalah Royal FLORIA Putrajaya 2015.


Royal FLORA Putrajaya 2015 ini merupakan festival taman bunga yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Festival yang telah diperkenalkan sejak tahun 2007 telah menjadi acara tahunan Perbadanan Putrajaya sejak tahun 2009 atas sebab sambutan yang memberangsangkan oleh semua pengunjung dalam dan luar negara.

Tahun ini, Royal FLORIA Putrajaya 2015 akan berlangsung bermula 30 Mei 2015 sehingga 7 Jun 2015. Jatuh pada minggu cuti sekolah, Achik pasti ramai ibu bapa yang tak akan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak dan keluarga berkunjung ke Royal FLORIA Putrajaya 2015.

Pada waktu ini, Perbadanan Putrajaya sedang giat mempersiapkan landskap taman bunga untuk dilawati oleh semua pengunjung.


Bunga-bunga yang akan menghiasi laman Anjung Floria.


Senarai aktiviti yang akan diadakan serta taman-taman yang bakal menghiasi Putrajaya pada 30 Mei 2015 sehingga 07 Jun 2015.


Tarikh : 30 Mei 2015 - 07 Jun 2015
Tempat : Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya


Achik sememangnya telah block calendar Achik sepanjang minggu tersebut untuk Achik luangkan masa menikmati keindahan taman-taman yang dihiasi dengan bunga-bunga segar yang jarang kita nampak di Malaysia.

Harga Tiket:

Bagi pemegang MyKad:
* Dewasa ( 13 tahun ke atas ) = RM5.00
* Kanak-kanak ( 7 tahun hingga 12 tahun ) = RM1.00
* Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA

Bagi bukan pemegang MyKad:
* Dewasa ( 13 tahun ke atas ) = RM10.00
* Kanak-kanak ( 7 tahun hingga 12 tahun ) = RM5.00
* Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA

Harga tiket  Spring and Winter Garden = RM3.00 manakala percuma bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah

Tiket-tiket tersebut boleh dibeli di pintu masuk Royal Floria Putrajaya ataupun secara online menggunakan Mobile application "Putrajaya Mobile Apps". Buat masa ini, application ini hanya support Android based smart phones sahaja.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Royal FLORIA Putrajaya 2015 bolehlah diperolehi dengan melayari:



Agak-agak tahun ni berapa kali Achik akan berkunjung ke Anjung Floria. Office Achik dekat je dengan tapak Floria ni...silap-silap tahun ni setiap hari Achik pergi...hihi..

Nah...ni gambar tahun lepas semasa Achik berkunjung ke Floria Putrajaya 2014. Tahun lepas Achik pergi dua ( 2 ) kali. 







Achik loves flowers....


No comments:

Post a Comment