Monday, January 22, 2018

SUNFEET International Rehabilitation Centre | Pakar Orthotics dan Prosthetics Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila sebut tentang kesihatan kaki, ramai antara kita yang faham tentang masalah kulit, kuku, tumit pecah dan sebagainya. Namun, tidak ramai antara kita yang mempunyai pengetahuan tentang Orthotics dan Prosthetics. Haaa....saintifik sangat istilahnya. Malah Achik bukan lah orang yang layak untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan Orthotics dan Prosthetics ini.


Pada hari Sabtu yang lepas, Achik berpeluang untuk berkunjung ke Sunfeet International Rehabilitation Centre yang terletak dalam premis Super Pharmacy Petaling Jaya. Jadi, kalau korang nak datang ke Sunfeet, landmarknya adalah Super Pharmacy PJ. Jadi apa yang menariknya tentang Sunfeet International Rehabilitation Centre ini. Ianya merupakan Pusat Rehabilitasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang Orthotics dan Prosthetics.


Melalui penerangan yang diberikan oleh Dato’ Dr. Edmund Lee, ‘custom made Orthotic’ adalah sejenis pendakap ortopedik yang direka khas untuk membetulkan semula postur dan ‘alignment’ kaki dan buku lali ke dalam kedudukan yang paling tepat. Orthotics adalah sejenis peralatan perubatan biomekanical yang direka khas untuk membetulkan ketidakseimbangan kaki sesorang. Achik pasti ramai antara korang yang tidak tahu jenis postur kaki masing-masing.

Untuk pengetahuan korang, pendakap orthotic bukan sahaja membantu mereka yang mempunyai masalah sakit kaki, tetapi ianya juga membantu mereka yang mengalami kesakitan pada bahagian belakang, pinggul, lutut dan juga mereka yang mempunyai masalah berkaitan arthritis.

Custom made in hole

Selain pendakap orthotics yang direka khas mengikut ukuran individu, Sunfeet turut menjual pendakap orthotics yang ready made, peralatan bagi menyokong kaki serta kasut perubatan bagi mereka yang mempunyai masalah kaki. Kesemua barangan ini dijual pada harga bermula RM500 hingga RM1999.

Antara peralatan ortopedik yang dijual di Sunfeet yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kaki.

Medical shoes untuk mereka yang mempunyai masalah kaki

Walau bagaimanapun, custom made orthotics yang direka mengikut ukuran individu amatlah digalakkan bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom masalah pinggang, kaki, lutut dan sebagainya. Custom made orthotics tersebut akan direka khusus mengikut simptom yang korang hadapi. Kebiasaannya Dr. Edmund akan menasihatkan pesakitnya untuk memakai custom made orthotic tersebut sekurang-kurangnya selama 5 hingga 8 jam sehari. Dalam tempoh 3 bulan, pesakit dinasihatkan untuk datang semula ke pusat rehabilitasi tersebut untuk membuat analisa kaki atau pun bagi mendapatkan feedback daripada pesakit tentang tahap keselesaan semasa memakai custom made orthotic. Sekiranya pesakit tidak selesa, pengubahsuaian ke atas custom made orthotic tersebut akan dilakukan oleh Sunfeet.

Apakah jenis kaki anda ?

Proses penyediaan ukuran untuk pembikinan custom made in-hole

Acuan custom made in hole yang telah siap

Mesin yang digunakan untuk menganalisa kaki anda



Ini adalah analisa kaki Achik. Dr. Edmund turut memberi sedikit penerangan tentang keputusan analisa kaki Achik. Berdasarkan analisa tersebut Achik mempunyai jenis kaki Pronated dan Low Arch. So, awal2 lagi Dr. Edmund dah tanya Achik ada rasa sakit pada mana-mana bahagian kaki mahupun pinggang.

Yup..betul tu..kalau ikut kan pengalaman Achik, Achik mudah sakit pada bahagian calf dan ankle apabila Achik lakukan senaman larian. Ini sebabkan permukaan kaki Achik tidak berada pada tahap normal. 

Achik mempunyai jenis kaki Pronated. Jadi Achik lebih banyak menggunakan bahagian hadapan dan tumit kaki untuk berjalan.

Bila sebenarnya waktu terbaik untuk membuat pemeriksaan kaki bagi mengenal pasti jenis kaki kita ?

Ok...Achik pasti ramai yang tidak tahu sebenarnya masalah orthotic dan prosthetic yang dihadapi oleh seseorang individu itu boleh dirawat sejak kecik lagi. Para ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak mereka membuat pemeriksaan dan analisa kaki seawal usia 4 tahun. Masalah berkaitan kaki ini lebih mudah dirawat apabila ianya dikenal pasti pada zaman kanak-kanak lagi kerana ligamen dan tulang kanak-kanak lebih lembut dan mudah untuk diperbetulkan.

Selain itu, Sunfeet turut menyediakan 'Foot Mobilisation Therapy' iaitu sejenis terapi urutan bagi membetulkan sendi-sendi yang tidak betul di kaki korang membolehkan ianya berfungsi pada sifat semulajadinya. Kebiasaanya sendi yang salah pada kaki boleh menyebabkan masalah postur yang mengakibatkan sakit lutut, kaki, pinggul dan juga bahagian lower back.

Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang Sunfeet International Rehabilitation Centre, korang wajib datang sendiri pada Sunfeet Open Day nanti. 

Sunfeet Open Day


Berita baik buat korang semua. Kalau korang berminat untuk membuat pemeriksaan kaki macam Achik buat tu, korang semua dijemput hadir ke Sunfeet Open Day yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 & 28 Januari 2018
Lokasi : Super Pharmacy PJ
Masa : 10 am hingga 6 pm

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang 2 hari tersebut antaranya pertandingan mewarna yang boleh disertai oleh kanak-kanak, promosi menarik dengan potongan harga sehingga 15%, senaman untuk kaki dan yang paling best adalah sesi bual bicara dengan Dato' Dr. Edmund Lee, Pakar Orthotic.

Untuk 50 orang pertama yang mendaftar melalui Facebook berpeluang untuk memenangi voucher bernilai RM500. Jadi tunggu apa lagi, cepat2 layari:

Website : www.sunfeet.com.my


Promosi Tahun Baru Cina


Sempena sambutan Tahun Baru China yang akan tiba tidak lama lagi, Sunfeet menawarkan pakej yang menarik untuk mereka yang ingin hadiahkan sesuatu buat Ibu Bapa nya. Promosi 'Happy and Healthy Feet for Your Loved Ones' ini sebenarnya untuk menggalakkan orang ramai untuk mempamerkan kasih sayang mereka kepada ibu bapa mereka dalam cara yang lebih bermanfaat. Daripada beri angpow, apa salahnya korang bawa ibu bapa ke Sunfeet untuk membuat pemeriksaan kaki dan tempah custom made in hole untuk mereka juga. Promosi ini sah sehingga  28 Februari 2018.


Achik bersama Dato' Dr. Edmund Lee

~ Achik ~

Wednesday, December 20, 2017

Year End Zakat 2017 | Sucikan Pendapatan Anda Sempena Kempen YEZ 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

YEZ 2017....Apa tu..? Jangan pula korang keliru dengan year end sale pula. Mentang-mentang hujung tahun ni, semua ingat year end sale je kan..

Sebagai salah seorang umat Islam, sudahkah korang menjalankan tanggungjawab korang dalam menunaikan zakat...? Mungkin ada sesetengah kita yang terlupa untuk membuat potongan zakat pendapatan secara bulanan mulai potongan gaji..Dan mungkin juga ada yang dah pun buat potongan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji tetapi amaun zakatnya tidak mencukupi dengan nisbah pengiraan yang ditetapkan. Jadi apa langkah-langkah seterusnya yang boleh korang lakukan...?

Haaa..meh Achik nak cerita sikit tentang Kempen Zakat yang telah dilancarkan oleh Puzat Pungutan Zakat – MAIWP. Kempen yang diberi nama YEAR END ZAKAT (YEZ) 2017 ini telah pun bermula sejak 01 Disember 2017 dan akan berakhir pada 31 Disember 2017. Banyak sebenarnya usaha-usaha yang telah dibuat oleh PPZ – MAIWP dalam meningkatkan kesedaran di kalangan kita khususnya umat Islam untuk menunaikan kewajipan dalam membayar zakat.

Dengan Kempen YEZ 2017 ini, ianya memberikan kemudahan kepada korang semua untuk membuat bayaran zakat sebelum berakhirnya tahun 2017.

Tempoh Kempen YEZ 2017
1 Disember 2017 - 31 Disember 2017 


Sempena berlangsungnya Kempen YEZ 2017, PPZ – MAIWP menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan korang buat bayaran zakat...Jom tengok medium pembayaran yang mana sesuai untuk korang:

i)            Kaunter PPZ – MAIWP

Sepanjang bulan Disember 2017, 11 kaunter PPZ – MAIWP akan beroperasi pada setiap hari termasuk pada hari cuti umum (Waktu Operasi : 8.15 am hingga 4.45 pm).

Bermula 26 Dis – 31 Dis 2017, kaunter PPZ – MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 am hingga 8.00 pm


ii)          Melalui Portal PPZ – MAIWP

Bayaran boleh dibuat menggunakan sistem FPX – Kad Kredit Perbankan Islam di laman web www.zakat.gov.my

iii)         Pos Malaysia

Buat bayaran zakat di Kaunter Pejabat Pos sekitar Wilayah Persekutuan

iv)         Perbankan Internet

Sebanyak 14 bank utama di Malaysia menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat secara atas talian. Bayaran zakat juga boleh dibuat melalui MyEG.

v)          Kaunter Bergerak

Sebanyak 12 lokasi disediakan bagi kaunter bergerak yang beroperasi bermula jam 11.00 am hingga 3.00 pm. Pastikan korang rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut tentang tarikh & lokasi kaunter bergerak tersebut.

vi)         Skim Thohir

Untuk mereka yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji.


Mudahkan sebenarnya nak membuat bayaran zakat? PPZ-MAIWP menyediakan pelbagai saluran untuk memberikan kemudahan buat korang semua. Jadi, seharusnya tiada lagi alasan “tiada masa” untuk membuat bayaran zakat kerana semuanya dapat diakses di hujung jari kita sahaja.


Tawaran Menarik Sempena KEMPEN YEZ 2017

Sepanjang tempoh Kempen YEZ 2017 ini, PPZ – MAIWP menawarkan cenderahati khas buat korang yang membuat bayaran zakat di Kaunter-kaunter PPZ – MAIWP. Korang berpeluang untuk bawa pulang CD MAU’ IZATI oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Kalendar Meja 2018 yang mengandungi info tentang waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ – MAIWP. Menarik kan? Patut la dua hari lepas kawan Achik ada kongsikan gambar Kalendar Meja 2018 yang dia dapat masa buat bayaran zakat di Kaunter Zakat di Bangi.

Bukan itu sahaja...Korang yang buat bayaran zakat di kaunter PPZ – MAIWP berpeluang untuk menangi hadiah cabutan bertuah. Sebanyak 1 cabutan bertuah pada setiap hari bermula 01 Dis hingga 29 Dis 2017 manakala sebanyak 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 Dis & 31 Dis 2017...Bayar zakat pun berpeluang menang hadiah..Best !

Dengar cerita karektor kartun Omar dan Hana akan berada di Kaunter PPZ – MAIWP yang terletak di Shamelin Perkasa pada 30 Dis & 31 Dis 2017. Jadi jangan lupa bawa anak-anak korang ke Shamelin Perkasa sepanjang 2 hari ini.

Mereka yang tak sempat berkunjung ke kaunter PPZ – MAIWP untuk tunaikan tanggungjawab membayar zakat juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Sebanyak 100 hadiah ditawarkan buat mereka yang membuat bayaran zakat melalui laman web PPZ – MAIWP di www.zakat.com.my .


Jom laksanakan tanggungjawab membayar zakat sebelum berakhirnya tahun 2017. Untuk info lanjut boleh layari laman web dan hubungi no telefon di bawah:


Talian Zakat : 1-300-88-5757

~ Achik ~

Tuesday, November 28, 2017

Pertama Kali Berkunjung Ke Karnival Upin & Ipin 2017 | Upin & Ipin Sememangnya LUAR BIASA !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Watak animasi kartun Upin dan Ipin sememangnya sangat terkenal di kalangan anak-anak kita. Malas anak-anak kecil yang tidak tahu bertutur pun cukup menggemari kartun Upin & Ipin...Malah mereka lebih hebat dalam menghafal lirik dan alunan muzik lagu Upin & Ipin..hehehehe...

Kalau korang nak tahu, sempena permulaan Cuti Sekolah Akhir Tahun, Les' Copaque Production telah mengadakan Karnival Upin & Ipin #UpinIpinLuarBiasa bertempat di Hall A dan Hall C, MAEPS Serdang. Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula 24 November 2017 hingga 26 November 2017, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam telah berjaya menarik kunjungan ribuan pengunjung tanpa mengenal usia.



Achik juga berpeluang untuk berkunjung ke karnival ini bersama-sama rakan Achik iaitu Anis. Almaklumla, Achik masih belum berumah tangga, jadi takdela anak untuk dibawa berjalan ke karnival ini. Membuat pilihan untuk tidak bersesak-sesak pada cuti hujung minggu, Achik dan Anis decide untuk ke Karnival Upin & Ipin pada hari perasmiannya iaitu pada hari Jumaat, 24 November 2017.

Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Majlis Perasmian Karnival Upin & Ipin #UpinIpinLuarBiasa telah berlangsung pada jam 3.30 petang dan ianya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Semasa majlis perasmian tersebut, para pengunjung telah dipertontonkan dengan kejayaan animasi kartun Upin & Ipin ini di luar negara seperti Indonesia. Malah, kartun Upin & Ipin ini ditayangkan di Indonesia dalam Bahasa Melayu. Les' Copaque Production juga telah menandatangani kerjasama dengan negara China bagi mempromosikan animasi kartun Upin & Ipin ke negara China.

Sesuai dengan hasrat Kerajaan mengiktirafkan watak Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia, Les' Copaque Production sedang dalam perancangan untuk membina Taman Tema Upin & Ipin yang lengkap dengan kemudahan hotel. Sudah pasti, inisiatif ini dapat menarik lebih ramai lagi pelanconga berkunjung ke Malaysia.



Ok...jom cerita apa yang menarik tentang Karnival Upin & Ipin ini. Jika dilihat pada harga tiketnya, ianya dijual pada harga yang berpatutan. Tiket VIP juga ditawarkan kepada pengunjung. Dengan tiket VIP ni korang ada access untuk duduk bersebelahan dengan pentas utama dan berpeluang untuk bergambar dengan watak-watak kartun keluar Les' Copaque Production.

Dewan Utama (Hall A)
* Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
* Ultraman Ribut
* Puteri Limau
* Pada Zaman Dahulu
* Upin & Ipin The Musical
* dan banyak lagi...

Dewan Magik (Hall C)
* Alam Dino
* Rumah Opah
* Bergambar di Tadika Mesra
* Bergambar bersama Ultraman Ribut
* Berinteraksi bersama Kak Ros
* dan banyak lagi.


Booth Puteri Limau untuk adik-adik membuat perhiasan seorang puteri, bersolek dan menggayakan watak seorang Puteri Limau

Apa yang menarik di Hall A ni, terdapat skrin besar di pentas utama. Jadi, sementara menunggu kemunculan watak kartun kegemaran korang, korang dengan family boleh duduk melepak depan pentas utama sambil menonton siri kartun Upin & Ipin yang ditayangkan melalui skrin besar tersebut.

Para pengunjung yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Karnival Upin & Ipin

Ruang duduk untuk tiket VIP

Selain itu, banyak booth pameran dan jualan terdapat di Hall A. Kalau nak menabung SSPN pun boleh semasa karnival Upin & Ipin tersebut. Kalau korang nak tahu Achik sempat semak laporan CCRIS di booth Bank Negara Malaysia..hehehe..

Selain booth pameran dan jualan, turut disediakan pelbagai permainan untuk anak-anak turut serta. Di kaunter penebusan tiket korang akan diberi buku nota kecil. Sebenarnya buku nota tersebut untuk korang main kesemua permainan yang disediakan di karnival tersebut dan dapatkan cop disetiap muka surat. Kalau korang berjaya lengkapkan semua permainan tersebut, korang akan diberi medal. Seronok tengok ibu bapa yang sporting melayan karenah anak-anak mereka di karnival tersebut. Yela...hujung tahun la waktu yang sesuai untuk manjakan anak-anak korang...sebab cuti sekolah kan.

Booth jualan biskut jenama Upin & Ipin dan barangan Ultraman

Gerai jualan buku


Barangan koleksi Upin dan Ipin pun ada



Permainan untuk anak-anak dan orang dewasa juga..hehehe

Puas meronda dalam Hall A, Achik dan Anis terus ke pentas utama untuk menonton persembahan Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Ultraman Ribut. Rasa beruntung pula bila dapat duduk di ruangan VIP..Jadi kitorang dapat melihat watak-watak kartun ini dengan lebih dekat. Malah, Achik pun tak nak kalah dengan kanak-kanak yang ada di situ untuk turut bergambar dengan Upin & Ipin..hahaha...rasa teruja bila tengok banyak sangat maskot Upin & Ipin keluar di atas pentas...





Masa yang dinanti-nanti pun tiba...Persembahan oleh Ultraman Ribut....sebelum persembahan bermula, pihak penganjur telah meminta kerjasama daripada para ibu bapa agar mengawal ketat anak mereka dan tidak naik ke atas pentas semasa persembahan Ultraman Ribut sedang berlangsung. Kenapa ..? Sebabnya aksi yang dimainkan betul-betul real..Aksi berlawan, aksi tergolek atas pentas, aksi tendang-menendang...Malah costume raksasa yang besar tu jugak dikhuatiri akan terkena pada kanak-kanak sekiranya mereka dibiarkan bebas di atas pentas utama. Achik cukup teruja dengan persembahan Ultraman Ribut. Terkejut juga melihat kemunculan raksasa yang cukup besar. Macam mana la agak rasa si pemakai costume tersebut..berdiri dan berjalan dengan costume raksasa yang sangat besar tu..hahahaa...Kalau korang nak tahu, krew Ultraman Ribut ini dijemput khas dari negara Jepun...Hebatkan !



Besar sangat raksasa ni




Selain Hall A, banyak lagi aktiviti menarik disediakan di Hall C....sayang betul Achik tak sempat berkunjung ke Hall C..Akibat kekangan masa dan perlu bergegas pulang sebab Achik ada lawan badminton pada malam tu. Kalau tak, memang Achik stay lebih lama untuk menikmati keseronokan di Hall C..rasa jeles tengok gambar-gambar menarik di Hall C yang dikongsikan oleh rakan-rakan blogger yang lain...Tula...kalau Achik ni dah berkahwin dan ada anak sendiri, sudah tentu dari pagi bawak ke malam Achik berkampung di Karnival Upin & Ipin ni...Hahahaha..

Apa-apa pun, syabas dan sekalung tahniah Achik ucapkan kepada Les' Copaque Production atas kejayaan menganjurkan Karnival Upin & Ipin #UpinIpinLuarBiasa ini. Diharapkan karnival ini terus diadakan pada setiap tahun dan bilangan harinya dilanjutkan agar lebih ramai lagi Ibu Bapa yang berada di luar Klang Valley dapat membawa anak-anak mereka berhibur di karnival ini

Untuk maklumat lanjut layari :

Website : www.lescopaque.com


~ Achik ~